Translate

05 November 2020

"Terima Kasih Allah Izinkan Saya Merasakan Nikmat Manisnya Madu" - Nurulhidayah (1 Video)





AL-FATIHAH! SEMOGA ANAK DAN KELUARGA ZAHID HAMIDI TERUS TABAH DAN KUAT
   

"Terima kasih Allah izinkan saya merasakan nikmat manisnya madu" - Nurulhidayah

Astro Awani
5 November 2020

KUALA LUMPUR: Sekalipun hanya tiga tahun berkongsi suami dengan Datin Bahazanariah Baharudin namun, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati kemanisan hidup bermadu.

Mendampingi Bahazanariah sebagai kakak dan madu, Nurulhidayah tidak pernah sekalipun merasakan dirinya sebagai perampas kebahagiaan wanita berjiwa besar itu.

Sebaliknya, Bahazanariah atau lebih mesra disapa Kak Nana itu, tegas Nurulhidayah, merupakan sumber kekuatan kepadanya sebagai isteri kedua kepada usahawan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Lalu, apabila Bahazanariah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa pada awal pagii Khamis, Nurulhidayah merasakan kehidupannya serba kekosongan.

Kata anak sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu, beliau akan merindui madunya yang kehidupannya sarat dengan kasih sayang.

“I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu,” kata Nurulhidayah dalam catatan di Instagram peribadinya pada Khamis.

Astro AWANI melaporkan Allahyarham Bahazanariah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kanser payu dara.

Allahyarham, kata Nurulhidayah, disahkan menghidap barah payu dara tahap empat sekitar Ogos lalu, namun, beliau dan suami sepakat untuk tidak mendedahkan berita sedih itu.

“Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnya menghidap barah tahap empat sekitar Ogos (selepas raya haji). Doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi dan menyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos. Kakak sangat kuat,” tulis Nurulhidayah lagi.

Dalam catatan itu juga, Nurulhidayah menulis bagaimana beliau akan merindui Allahyarham yang juga orang bertanggungjawab melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri kedua suaminya itu.

“Kakak datang meminang dan minta saya dari Abah dan Mak kerana dia mahu saya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.

“Kak, Nurul sayang akak. Siapa yg nak pujuk Nurul bila Sepul (panggilan buat Saiful) marah Nurul? Allahuakbar.

“Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakak madu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anak akak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumah tangga,” kata Nurulhidayah lagi.

Dalam wawancara dengan Astro AWANI pagi tadi, Nurulhidayah berkata, beliau kehilangan seorang kakak dan wanita yang hebat.

“Saya amat menghargai kejujuranya menerima saya sebagai madu dalam kehidupannya.

“Kejujurannya, pengorbanannya dan kasih sayangnya tiada tolak bandingnya,” ujar Nurulhidayah.



Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/terima-kasih-allah-izinkan-saya-merasakan-nikmat-manisnya-madu-nurulhidayah-266898

                        


                   



FOR MORE NEWS GO TO:
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/madu-anak-zahid-hamidi-meninggal-dunia.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED