Translate

06 November 2020

Solat Jumaat, Jemaah Dibenarkan Di Mukim 12 - Mufti Pulau Pinang

                  

Solat Jumaat, jemaah dibenarkan di Mukim 12 - Mufti P. Pinang

BERNAMA
06/11/2020 



GEORGE TOWN, 6 Nov -- Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat jemaah fardu lima waktu dijalankan di masjid dan surau di Mukim 12, daerah Barat Daya dekat sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP), berkuat kuasa hari ini.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata perlaksanaan itu perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu kehadiran jemaah perlu mengikut keluasan ruang solat di masjid dan surau seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Agama Islam.

"Bagi solat Jumaat hendaklah dilaksanakan daripada tempoh azan dilaungkan dan solat harus diselesaikan sekitar 20 minit sahaja, serta tiada solat sunat qabliyyah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Rabu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mukim 12 di daerah Barat Daya dikenakan PKPB bermula 6 hingga 19 Nov ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan itu.

Bagi aktiviti keagamaan seperti kuliah, ceramah, tazkirah dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan sehingga berakhir PKPB dan sebarang ziarah tanah perkuburan Islam juga ditangguhkan sepanjang tempoh itu.

"Arahan perlaksanaan aktiviti di masjid dan surau di negeri ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada situasi semasa malah ia perlu mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negeri sebelum sebarang aktiviti dibenarkan dilakukan di masjid dan surau terlibat," katanya.

Sementara itu, Wan Salim berkata upacara akad nikah hanya boleh diadakan di Pejabat Agama Daerah sahaja dengan kehadiran maksimum 10 orang terdiri daripada ahli keluarga pengantin sahaja.

"Selain itu, pengebumian jenazah hanya dibenarkan dihadiri oleh petugas kubur, pembaca talkin dan ahli keluarga kepada si mati sahaja dengan jumlah paling minimum," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED