Translate

15 November 2020

Seorang Anggota Polis Cedera Khemah Di Sekatan Jalan Raya Runtuh (1 Video)








 
Source: Info Roadblock JPJ/POLIS

Anggota polis cedera khemah di sekatan jalan raya runtuh

BERNAMA
15/11/2020 

KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Seorang anggota polis trafik cedera selepas bumbung sebuah khemah di sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Plaza Tol Jalan Duta di sini, runtuh akibat angin kencang, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata ketika kejadian anggota polis berkenaan sedang berteduh di dalam khemah yang didirikan di laluan menghala masuk ke pusat bandar bagi kemudahan anggota keselamatan melaksanakan sekatan jalan raya di lokasi itu.

Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang menyebabkan bahagian bumbung khemah itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap anggota polis itu mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi.

“Mangsa yang bertugas di Bahagian Kawalan Lalulintas JSPT Kuala Lumpur kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Bernama.

Zulkefly berkata sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta mula dilaksana sejak 14 Okt lalu apabila PKPB mula dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 22 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inspektor polis didakwa terima rasuah RM23,000 | B' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna ' 33 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tarikh akhir kemuka e-Borang tahun taksiran 2024 e' 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Week 17 shows 99,601 HFMD cases reported nationwid' 46 mins ago