Translate

08 November 2020

Sekolah Di Seluruh Negara Ditutup Mulai Esok - Dr Radzi Jidin (1 Video)

                



TAKWIM PERSEKOLAHAN 2020 | Semua Sekolah Ditutup Esok

Sekolah di seluruh negara ditutup mulai esok - Dr Radzi Jidin

BERNAMA
08/11/2020 



PUTRAJAYA, 8 Nov -- Semua sekolah di seluruh negara ditutup mulai esok (9 Nov) hingga ke tarikh akhir sesi persekolahan tahun ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata untuk sekolah di negeri-negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, penutupan ialah hingga 17 Dis sementara negeri-negeri Kumpulan B hingga 18 Dis.

Katanya keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan semua negeri di Semenanjung kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis bermula esok hingga 6 Dis depan bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19.

“Seperti mana takwim penggal dan cuti persekolahan 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Jan 2021. Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Radzi berkata pelajar tingkatan satu, empat, lima dan enam serta penuntut kolej vokasional juga akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh sama, sementara pelajar tingkatan dua dan tiga pula meneruskan pembelajaran secara home-based learning mengikut kesesuaian guru, juga bermula pada tarikh sama.

Mereka akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac 2021, katanya.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Remaja enggan pulang ke asrama dilapor hilang | BE' 9 mins ago
A visitor from Jakarta viewed 'Indonesian fugitive Djoko Tjandra Arrested in Mala' 54 mins ago
A visitor from Al muharraq viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 54 mins ago
A visitor from Klang viewed 'KKM Harap Akta 342 Dipinda Segera (1 Video) | BEST' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Chihuahua viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Riyadh viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Buenos aires viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 12 mins ago
A visitor from San francisco viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Bucharest viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 41 mins ago