Translate

10 November 2020

Polis Sahkan Identiti Dua Mangsa Tanah Runtuh Di Tambun (1 Video)

                  



TANAH RUNTUH | 2 Mangsa Ditemui  

Polis sahkan identiti dua mangsa tanah runtuh di Tambun

BERNAMA
10/11/2020 



IPOH, 10 Nov -- Polis mengesahkan identiti dua mangsa yang ditemukan maut tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah resort pelancongan yang terletak di kawasan gunung di Tambun di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mangsa lelaki dikenali sebagai Ooi Chee Wei, 39, dan mangsa wanita ialah Lee Tze Juin, 32, masing-masing berasal dari Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berada di Perak kerana bekerja.

“Mayat mangsa lelaki yang bekerja dengan syarikat minyak dan gas telah dicam oleh isterinya yang datang dari ibu negara hari ini manakala waris mangsa wanita belum hadir ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata proses bedah siasat dijangka dilakukan esok setelah ujian COVID-19 dijalankan oleh pihak hospital hari ini.

Katanya polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut akibat bencana alam.

Pasukan penyelamat menemukan mayat lelaki berkenaan pada 9.55 pagi disusuli penemuan mayat wanita itu beberapa minit kemudian di sebuah unit di resort berkenaan selepas kejadian tanah runtuh pada kira-kira 1.30 pagi.

FOR MORE NEWS GO TO:
Bodies Of Two Victims Buried In Landslide In Tambun Found (1 Video)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED