Translate

03 November 2020

Polis Cari Pemandu Alza Merah Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS (1 Video)

                                



Polis cari pemandu Perodua Alza pandu lawan arus

Polis cari pemandu Alza merah lawan arus di Lebuhraya PLUS
Astro Awani
3 November 2020


SEREMBAN: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna merah yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran kawasan Hentian Rehat Senawang, petang Isnin (2 November).

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim video berdurasi 36 saat yang memaparkan sebuah kereta berkenaan dipandu melawan arus di lokasi tersebut, berkata, telah tular sejak jam 5 petang semalam.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku di sekitar kawasan Hentian Rehat Senawang ke arah utara di Kilometer (KM) 248 menuju ke KM240 Lebuhraya PLUS di laluan kecemasan.

Ujarnya, kereta itu dikesan memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi dan meneruskan perjalanan ke arah selatan.

Hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan seorang wanita Melayu berumur 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor.

Bagaimanapun katanya, status pemandu yang memandu kenderaan tersebut masih belum dapat dipastikan dan sehingga kini, pihak polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kereta berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (IPD) Seremban, Insp. Syaifullah di talian 019-6327732.

Source: Astro Awani


FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED