Translate

08 November 2020

Pemandu, Penumpang Dari Zon Merah Perlu Jalani Saringan COVID-19 Jika Ingin Masuk Kelantan - MKN

                     

Pemandu, penumpang dari zon merah perlu jalani saringan COVID-19 jika ingin masuk Kelantan - MKN

BERNAMA
08/11/2020



KOTA BHARU, 8 Nov -- Mulai esok, semua pemandu dan penumpang kenderaan dari Zon Merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19, kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan Jefny Muhamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas yang dijalankan MKN bersama beberapa agensi berkaitan hari ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang mulai 9 Nov hingga 6 Dis.

“Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19.

“Selain itu, sesetengah daripada mereka juga akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata empat sekatan jalan raya di sempadan negeri itu iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam ini.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Shafien menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu agar menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan COVID-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 39 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr 40 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 2 hrs 13 mins ago