Pelajar Tingkatan 1 antara 11 individu ditahan langgar PKPB
Astro Awani
16 November 2020
ALOR SETAR: Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai, selain sebahagiannya dikesan positif dadah.
Kesemua mereka ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di dalam bilik di belakang sebuah dewan persendirian di Jalan Langgar, Alor Setar, jam 12.30 tengah malam tadi.
Pihak berkuasa mengalami kesukaran ekoran terpaksa menempuh dua pintu keselamatan yang berkunci secara automatik sebelum berjaya menyerbu tiga bilik berkenaan.
Dalam serbuan itu, polis menahan tujuh remaja yang didapati berkumpul dalam sebuah bilik manakala empat individu lagi dalam bilik berasingan.
Tiga pelajar ditahan merupakan pelajar tingkatan 1, 3 dan 5 dari dua buah sekolah di daerah Kota Setar.
Tiga pelajar terbabit berusia 13, 15 dan 17 tahun dan 9 individu lain berusia 20 hingga 21 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Norazman Mohd Nor, tangkapan dilakukan anggota dan pegawai BSJND dalam Op Bersepadu / Op Pelita berdasarkan maklumat yang diterima.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan ditahan kerana melanggar Peraturan 22 (B) Akta 342 dan Peraturan 11 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Daripada jumlah itu, tujuh daripadanya didapati positif dadah.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif ketamin dan metamfetamin.
Nor Azman berkata, mereka yang didapati positif disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: