Translate

09 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 9 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,422 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 11,536 anggota telah melakukan 50,962 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,665 pasar raya, 4,728 restoran, 1,149 kilang, 2,001 pasar awam/tani serta 2,937 tempat ibadah dan 1,254 tempat riadah telah diperiksa
•Semalam, PDRM juga telah menahan 717 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 704 individu telah dikompaun manakala 11 direman dan 2 dijamin.

2. Kawalan Sempadan Negara • Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 22 PATI serta merampas 3 kenderaan darat. • Sebanyak 294 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: o PDRM – 154 SJR o ATM – 131 SJR o AKSEM – 9 SJR
• Sehingga 5 November 2020, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menghantar pulang seramai 31,282 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke negara masing-masing.
• Paling ramai adalah PATI warganegara Indonesia iaitu 14,072 orang, Bangladesh (4,551), Myanmar (2,898), Thailand (2,200), India (2,189), China (1,856), Pakistan (1,230), Vietnam (647), Nepal (397), Filipina (298), lain-lain (944).

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 11,233 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. • Semalam, sebanyak 24 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 6 buah negeri. • Operasi Sanitasi ini melibatkan 150 anggota JBPM serta 209 anggota PBT

4.Kuarantin Wajib • Seramai 63,519 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. • 384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 53,424 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. Barang Keperluan Asas • Penguatkuasa KPDNEHP telah melakukan 1,284 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,256 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 25 premis diberi nasihat dan 3 diberi amaran.

6. PKPD Felda Umas, Kalabakan •Sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah pada 9 November 2020 seperti yang telah dijadualkan.

. PKPD Flat Sg. Emas, Kuala Langat • Sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Flat Sg. Emas, Daerah Kuala Langat pada 10 November 2020 seperti yang telah dijadualkan.

8. PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, Sabah • Sidang khas bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu selama 14 hari lagi bermula 10 November 2020 sehingga 23 November 2020.

9. PKPD Kg. Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah • Sidang khas bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Sabah Baru, Lahad Datu berkuatkuasa 10 November 2020 sehingga 23 November 2020 melibatkan 701 buah rumah dan 3,917 penduduk.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED