----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 4 Nov 2020
1.Task Force Operasi Pematuhan
•3,034 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,772 anggota telah melakukan 51,462 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
Replying to
•Sebanyak 3,293 pasar raya, 4,369 restoran, 926 kilang, 1,550 pasar awam/tani, 2,828 tempat ibadah serta 1,241 tempat riadah telah diperiksa.
•Semalam, PDRM telah menahan 382 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, seramai 364 individu telah dikompaun dan 18 direman.
2. Kawalan Sempadan Negara
•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 16 PATI, 5 penyeludup dan 2 tekong serta merampas 10 kenderaan darat.
•Sebanyak 279 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:
oPDRM – 149 SJR
oATM – 121 SJR
oAKSEM – 9 SJR
3. Operasi Sanitasi Awam
•KPKT telah melakukan 11,074 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.
•Semalam, sebanyak 35 operasi sanitasi meliputi 8 Zon Merah, 11 Zon Kuning dan 9 Zon Hijau di 14 buah negeri
• Operasi Sanitasi ini melibatkan 202 anggota JBPM serta 134 anggota PBT
4.Kuarantin Wajib
•Seramai 60,336 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•seramai 9,797 individu sedang jalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan
•384 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 50,155 individu dibenarkan pulang ke rumah.
•Semalam, seramai 401 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk KLIA & KLIA2 dari Singapura, Indonesia, Filipina, Qatar, UAE, Turki, Jepun, China, UK & Belanda dan kesemua mereka telah dikuarantin secara wajib.
5. Barang Keperluan Asas
•Sebanyak 4,655 kes kesalahan melanggar pelbagai akta dengan 3,418 daripadanya telah dikompaun sepanjang tempoh PKPP.
Antara kes pelanggaran akta tertinggi yang direkodkan adalah seperti;
•Akta Timbang dan Sukat (2,472 kes)
•Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (1,302 kes)
•Akta Kawalan Bekalan 1961 (376 kes).
•Semalam, KPDNHEP telah membuat 655 pemantauan ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (465), pemborong (164) dan pengilang (26).
•KPDNHEP juga telah melakukan 938 Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 914 premis mematuhi SOP manakala 24 premis diberi nasihat oleh kerana tidak patuh SOP.
6. Tapak Binaan
•Dari 42 pemeriksaan oleh CIDB, didapati 26 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan, 15 tapak tidak beroperasi, manakala 1 tapak binaan tidak patuh SOP dan telah diberi amaran.
7. Berita Palsu
•Sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 136 masih dalam siasatan, 35 kes didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan, 12 diberikan notis amaran dan 404 penafian telah diperjelaskan.
8. PKPB di Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
•Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang berkuatkuasa 6 November 2020 sehingga 19 November 2020.
9. PKPD PPR Taman Harmoni
•Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di PPR Taman Harmoni, Sandakan pada 5 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.
•Namun, PPR Taman Harmoni ini masih tertakluk di bawah SOP PKPB bagi seluruh negeri Sabah.