Translate

12 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 12 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan 2,879 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,557 anggota telah melakukan 59,671 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
Sebanyak 3,744 pasar raya, 5,320 restoran, 1,272 kilang, 1,725 pasar awam/tani, 2,945 tempat ibadah serta 1,370 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 431 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 413 individu telah dikompaun manakala 17 direman dan 1 dijamin.

2. Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 31 PATI dan 1 tekong serta merampas 2 kenderaan darat Sebanyak 253 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: ATM – 181 SJR PDRM – 63 SJR AKSEM – 9 SJR
Pengurangan SJR adalah disebabkan penyusunan semula kedudukan berikutan beberapa PKPD Sabah dan Pulau Pinang yang telah ditamatkan

3. Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 11,346 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, sebanyak 51 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 12 buah negeri Operasi Sanitasi ini melibatkan 301 anggota dan 22 jentera JBPM, 265 anggota PBT serta 67 agensi-agensi lain

4.Kuarantin Wajib Seramai 65,494 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa Semalam, seramai 448 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

5. Pelanjutan PKPD Di 3 Lokaliti Di Kudat Kerajaan bersetuju supaya PKPD di Kg. Pengaraban, Kg. Tanjung Kapor dan Kg. Landung Ayang dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu bermula 13 November sehingga 26 November 2020







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED