Translate

10 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)10 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,674 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,128 anggota telah melakukan 53,770 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,515 pasar raya, 4,409 restoran, 1,285 kilang, 1,836 pasar awam/tani serta 2,839 tempat ibadah dan 1,270 tempat riadah telah diperiksa.
•Semalam, PDRM juga telah menahan 341 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 307 individu telah dikompaun manakala 33 direman dan 1 dijamin.

2. Kawalan Sempadan Negara •Seramai 8,177 PATI, 783 tekong, 340 penyeludup telah ditahan manakala 218 bot/kapal dan 886 kenderaan darat turut dirampas.
•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 78 PATI dan 1 tekong dalam operasi yang diadakan di seluruh negara. •Sebanyak 337 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan: oPDRM – 175 SJR oATM – 153 SJR oAKSEM – 9 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 11,267 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. •Semalam, sebanyak 34 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 11 buah negeri • Operasi Sanitasi ini melibatkan 192 anggota serta 26 jentera JBPM dan 174 anggota PBT

4.Kuarantin Wajib •Seramai 64,374 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. •Semalam,516 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

5. Berita Palsu •Semalam,274 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). 137 masih dalam siasatan, 35 didakwa, 12 diberi notis amaran manakala 90 kes lagi tiada tindakan lanjut oleh SKMM

6. Penamatan PKPD Taman Mawar,Sandakan, Sabah •Mesyuarat teknikal bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Mawar, Sandakan pada hari ini, 10 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

7. Pelanjutan PKPD Taman Mesra, Sandakan, Sabah •Mesyuarat teknikal bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPD di Taman Mesra, Sandakan selama 14 hari lagi bermula 11 November 2020 sehingga 24 November 2020.

8. SOP Stesen Minyak a.Pendaftaran aplikasi MY Sejahtera/Manual oIndividu yang melakukan pembayaran/transaksi dalam kedai di stesen minyak sama ada untuk membuat pembayaran petrol/ pembelian barangan/ mengeluarkan duit di ATM.

oIndividu yang menggunakan surau dan tandas. oIndividu yang menghantar kenderaan ke bengkel di setesen minyak. oIndividu yang menggunakan perkhidmatan cuci kereta secara manual.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED