Translate

10 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 869, Total Cases- 42,050 | Active Cases- 11,446 | New Death- 6 Total Deaths- 300

 





Kenyataan Akhbar KPK 10 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 725 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 30,304 kes (72.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (356 kes);
  • Selangor (160 kes);
  • Negeri Sembilan (46 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (45 kes);
  • Pulau Pinang (29 kes);
  • Kedah (21 kes);
  • Johor (19 kes);
  • Sarawak (19 kes);
  • Terengganu (13 kes);
  • Perak (7 kes);
  • WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4 kes);
  • Pahang (3 kes); dan
  • Kelantan (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 10 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 869 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 42,050 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,446 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 397 kes (45.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 258 kes (29.7 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 28 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (13 kes),  Penjara Kepayan (6 kes), Kluster PTS Tawau (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes) dan Kluster GK Tawau (2 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 869 kes baharu pada hari ini, negeri Selangor melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes ini melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Nepal.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:     

  • Sabah: 397 kes
    • 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Liawan,  Kluster Tatahan dan Kluster GK Tawau;
    • 215 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 235 kes
    • 162 kes daripada kluster-kluster sedia;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40  kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 141 kes
    • 129 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 27 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 19 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak :  12 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kesdaripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • KelantanSembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kube.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak : Enam (6) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Tiga (3) kes daripada kluster-kuster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 82 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 300 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (Kewarganegaraan)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
29510729SabahLelaki (WN)77Hospital SempornaBengkak kelenjar  prostat (BPH)
29613718SabahLelaki (WN)47Hospital Semporna
29737627SabahLelaki (WN)53Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
29837624SabahPerempuan (WN)62Hospital Duchess of KentKanser pangkal rahim, kanser payudara dan osteoartritis
29940579SabahLelaki (WN)84Hospital Queen Elizabeth
Penyakit Parkinson, bengkak kelenjar  prostat (BPH) dan Hepatitis B
30039869SabahPerempuan (BWN)65Hospital Duchess of Kent

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa empat (4) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER RINTING

Kluster ini melibatkan negeri Melaka dan Johor. Sehingga 10 November 2020, seramai 302 individu telah disaring di mana 10 kes yang dikesan positif COVID-19 dan baki 292 individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER SEMARAK

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 10 November 2020, seramai 19 individu telah disaring di mana 14 kes yang dikesan positif COVID-19 dan baki lima (5) individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER JELOK

Kluster ini melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 10 November 2020, seramai 31 individu telah disaring di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dan baki 26 individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER SABINDO

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 10 November 2020, seramai 76 individu telah disaring di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dan baki 62 individu  lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER LIAWAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-37553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Keningau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Keningau, Sabah.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu);
  • 54 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TATAHAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32597) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November 2020.  Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 17 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kota Kinabalu.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 10 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER GK TAWAU

Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12923) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 48 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 168 individu telah disaring, di mana:

  • 49 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 41 individu dikesan negatif; dan
  • 78 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER KUBE

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Tanah Merah di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-40206) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tumpat dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sehingga 10 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 46 individu dikesan negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH39721,189
SELANGOR236 (1)6,523
W.P. KUALA LUMPUR193,216
NEGERI SEMBILAN1412,454
KEDAH32,220
PULAU PINANG271,421
W.P. LABUAN81,054
SARAWAK6997
JOHOR8949
PERAK12659
PAHANG0395
MELAKA0332
TERENGGANU0225
KELANTAN9197
W.P. PUTRAJAYA3181
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN869 (1)42,050

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(10 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor,Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi766932,302297 (2)3960
2UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat49226578202 (0)240
3CergasNegeri SembilanSeremban422941,955284 (0)100
4HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras,Titiwangsa, Putrajaya, Seremban334632,281226 (1)2370
5PerigiSelangorKlang327115170 (0)10
6LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau25205761190 (0)150
7Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson221592,17964 (0)950
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan135023,167223 (0)2790
9Ria-30SabahTuaran136279962 (0)00
10DialisisSabahLahad Datu123910735 (0)40
11RengasPerakKuala Kangsar9110455110 (0)00
12TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat89122590 (0)10
13IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Kuala Muda87047866 (1)40
14TitirSabahKeningau71442,00539 (0)1050
15Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat73845038 (0)00
16Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang61,8313,954215 (1)1,6160
17MampulutSabahKeningau66936167 (0)20
18SagukingWP LabuanLabuan53663,539171 (0)1941
19PTS TawauSabahTawau36091,671156 (0)4521
20MesraSabahSandakan314917662 (0)861
21GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu3821,30553 (0)290
22TanameraSabahTawau, Tuaran37716042 (0)350
23GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya36870956 (0)120
24NahabaSabahKota Belud32812428 (0)00
25Penjara SandakanSabahSandakan24271,233425 (1)20
26Rumah MerahSabahKota Kinabalu24181,796367 (1)510
27BasungSabahKudat29069929 (0)610
28JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang26812119 (0)490
29PermatangKedah, Pulau Pinang, PerakKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta2481,39247 (2)01
30TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu23425316 (0)180
31SamuderaSabahSandakan2211839 (0)120
32NumbakSabahKota Kinabalu210239 (0)01
33GadingWP Putrajaya, Negeri Sembilan, JohorPutrajaya, Seremban, Segamat29366 (0)30
34UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12631,21134 (0)2290
35MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak17739814 (1)630
36Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras17088915 (0)550
37KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang1551,82418 (0)370
38KeladiSelangorKlang, Kuala Langat1513517 (0)440
39TitianWP LabuanLabuan15053031 (0)190
40Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol1471,04520 (0)270
41TelipokSabahKota Kinabalu, Tuaran1181608 (0)100
42SeridanaWP PutrajayaPutrajaya1159812 (0)30
43TembagaPulau PinangTimur Laut, Barat Daya1141718 (0)60
44BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak1132,07912 (0)10
45Seri TerapiWP Kuala Lumpur, MelakaKepong, Alor Gajah11316313 (0)00
46PadangJohorKota Tinggi165596 (0)00


PECAHAN KES BAHARU (397) Sabah-397 69 kluster sedia ada 23 kluster Liawan, Tatahan dan GK Tawau (baharu) 215 saringan kontak rapat 90 lain-lain saringan Selangor-236 162 kluster sedia ada 33 saringan kontak rapat 40 lain-lain saringan 1 kes import BWN tiba dari Nepal

N.Sembilan-141 129 kluster sedia ada 10 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan P.Pinang-27 22 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 1 kes SARI 2 lain-lain saringan KL-19 11 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 6 lain-lain saringan

Perak-12 9 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan Kedah-3 2 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat Johor-8 6 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan Kelantan-9 9 kluster Kube (baharu)

Labuan-8 6 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat Sarawak-6 3 kluster sedia ada 3 lain-lain saringan Putrajaya-3 3 kluster sedia ada



Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 10 Nov 2020 Kes sembuh=725 Jumlah kes sembuh=30,304 kes Kes baharu positif=869 (kes import=1, kes tempatan=868) Jumlah positif=42,050 kes Kes kematian=6 Jumlah kes kematian=300 kes Kes dirawat di ICU=82 kes Bantuan Alat Pernafasan=27 kes



Daripada 236 kes baharu dilaporkan di Selangor, 1 adalah kes import. Kes tertinggi mengikut daerah adalah Klang (109). Jumlah keseluruhan kes positif di Klang adalah 589. Hulu Langat lapor 58 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 604.



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 10 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 162 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 236 kes baharu hari ini (233 tempatan, 2 import B dan 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (8 KES)

Batu – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 4 kes

Kuang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Rawang – 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

DAERAH HULU LANGAT (58 KES)

Ampang – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes

Kajang – 51 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Hentian) – 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Damanlela) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 7 kes
Saringan Pekerja – 10 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 17 kes
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) – 2 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 3 kes

Semenyih – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

DAERAH KLANG (109 KES)

Kapar – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 1 kes

Klang – 108 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Bergejala (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 12 kes
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) – 21 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 32 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 23 kes
Saringan Pra-penerbangan – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (10 KES)

Tanjung Dua Belas (1) – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 6 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Swasta – 2 kes

Telok Panglima Garang – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (4 KES)

Jeram – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

Tanjung karang – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes

DAERAH PETALING (20 KES)

Bukit Raja – 5 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 4 kes

Damansara – 5 kes (4 lokal, 1 import B)
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 2 kes

Petaling – 8 kes (7 lokal, 1 import B)
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 4 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

Sungai Buloh – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Melati) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) – 1 kes

DAERAH SABAK BERNAM (1 KES)
Import A (Nepal) – 1 kes

DAERAH SEPANG (26 KES)

Dengkil – 12 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Lengkok) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) – 2 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Labu – 4 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) – 2 kes
Saringan Pra-penerbangan – 1 kes

Sepang – 10 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Lengkok) – 3 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Lengkuk) – 4 kes



4 kluster baharu dilaporkan di Sabah (3) dan Kelantan (1).
Secara keseluruhan, 101 kes baharu dikesan dalam 4 kluster ini. 100 individu masih menunggu keputusan.






6 kes kematian termasuk 1 kes BWN. Kesemua kes dilaporkan di Sabah.
Jumlah kematian COVID-19 setakat ini; 300 orang.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED