Translate

11 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 822, Total Cases- 42,872 | Active Cases- 11,497 | New Death- 2 Total Deaths- 302

                





Kenyataan Akhbar KPK 11 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 769 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 31,073 kes (72.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (553 kes);
  • Selangor (98 kes);
  • Negeri Sembilan (36 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (25 kes);
  • Pulau Pinang (18 kes);
  • Sarawak (16 kes);
  • Terengganu (10 kes);
  • Kedah (5 kes);
  • Johor (5 kes); dan
  • Perak (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 11 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 822 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 42,872 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,497 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes (24.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak 24 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (3 kes), Kluster PTS Tawau (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 822 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan satu (1) warganegara dan enam (6) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (1 kes);
  • Kanada (1 kes);
  • Indonesia (1 kes);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes);
  • Afghanistan (1 kes);
  • Rusia (1 kes); dan
  • Arab Saudi (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 258 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Haven, Kluster Karamunting dan Kluster Saga;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 225 kes
    • 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 176 kes
    • 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 46 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 17 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 16 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: 14 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak:  14 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor: 10 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Enam (6) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kuster sedia ada.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • KelantanSatu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 302 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
30140565SabahPerempuan (BWN)22Hospital TuaranPenyakit jantung reumatik dan aritmia jantung
30241578SabahPerempuan (BWN)67Hospital Duchess of KentOsteoathritits dan gastritis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER KARAMUNTING

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent.  Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 20 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • Sembilan (9) individu dikesan negatif.
  • KLUSTER SAGA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-41492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak  lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
  • 47 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER HAVEN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Lima kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) Payang dan Hospital Lahad Datu.

Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 112 individu dikesan negatif; dan
  • 17 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH259 (1)21,448
SELANGOR178 (2)6,701
W.P. KUALA LUMPUR21 (4)3,237
NEGERI SEMBILAN2252,679
KEDAH172,237
PULAU PINANG261,447
W.P. LABUAN461,100
SARAWAK141,011
JOHOR10959
PERAK14673
PAHANG0395
MELAKA6338
TERENGGANU0225
KELANTAN1198
W.P. PUTRAJAYA3184
 PERLIS240
JUMLAH KESELURUHAN822 (7)42,872

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(11 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1CergasNegeri SembilanSeremban2095032,725488 (0)150
2PerigiSelangorKlang2910015199 (0)10
3HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban264892,306214 (1)2750
4Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat236155761 (0)00
5TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama151,7859,319227 (1)1,5535
6IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Kuala Muda158579184 (1)10
7Ria-30SabahTuaran137587975 (0)00
8BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan12761,22225 (0)510
9KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi107032,489293 (1)4100
10SagukingWP LabuanLabuan103763,539173 (0)2021
11LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu9214804191 (0)230
12MampulutSabahKeningau97846575 (0)30
13UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat7233606201 (0)320
14PadangJohorKota Tinggi71368113 (0)00
15BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak6192,15019 (0)00
16TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat59622595 (0)10
17GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu5871,43349 (0)380
18Bah MedanSelangorSepang54115824 (0)170
19LiawanSabahKeningau52910029 (0)00
20Seri TerapiWP Kuala Lumpur, MelakaKepong, Alor Gajah51842918 (1)00
21BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama41283,19159 (3)690
22PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau4521,45449 (3)21
23Bina LabuanWP LabuanLabuan44620527 (0)181
24DialisisSabahLahad Datu44312138 (0)50
25Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang31,8343,960211 (1)1,6230
26Wisma SaberkasSarawakKuching3391,13937 (0)20
27PTS TawauSabahTawau26111,671156 (0)4541
28Rumah MerahSabahKota Kinabalu24201,796261 (1)1590
29RengasPerak, Pulau PinangKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan2113510112 (0)10
30TenagaWP LabuanLabuan210722968 (0)390
31BasungSabahKudat29270030 (0)620
32NahabaSabahKota Belud23035630 (0)00
33Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan15033,167215 (0)2880
34Penjara SandakanSabahSandakan14281,358426 (1)20
35UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang,  Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12641,22735 (0)2290
36Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson11602,17955 (0)1050
37TanameraSabahTawau, Tuaran17816043 (0)350
38Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras17190815 (0)560
39GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya16971247 (0)220
40KeladiSelangorKlang, Kuala Langat1523526 (0)460
41Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol1481,13816 (0)320
42JernihNegeri SembilanSeremban, Port Dickson13512320 (0)150
43Bah KenanganSelangorHulu Langat129613 (0)260
44SeridanaWP PutrajayaPutrajaya1169813 (0)30
45GalaNegeri SembilanJelebu, Seremban1153662 (0)130
46KubeKelantanKota Bharu, Tanah Merah11128811 (0)00
47MahkotaSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, SarawakHulu Langat, Kepong, Titiwangsa, Putrajaya, Sibu110639 (0)10
48HarmoniWP PutrajayaPutrajaya16806 (0)00

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 11 Nov 2020 Kes sembuh=769 Jumlah kes sembuh=31,073 kes Kes baharu positif=822 (kes import=7, kes tempatan=815) Jumlah positif=42,872 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=302 kes Kes dirawat di ICU=86 kes Bantuan Alat Pernafasan=30 kes



Pecahan kes baharu (822) Sabah-259 44 kluster sedia ada 12 kluster baharu (Haven, Karamunting dan Saga) 91 saringan kontak rapat 111 lain-lain saringan 1 kes import N.Sembilan-225 221 kluster sedia ada 1 kes SARI 3 lain-lain saringan

Selangor-178 102 kluster sedia ada 38 saringan kontak rapat 36 lain-lain saringan 2 kes import Labuan-46 16 kluster sedia ada 25 saringan kontak rapat 5 lain-lain saringan P.Pinang-26 21 kluster sedia ada 2 kes SARI 3 lain-lain saringan

KL-21 14 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan 4 kes import Kedah-17 16 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat Sarawak-14 8 kluster sedia ada 4 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan Perak-14 14 kluster sedia ada

Johor-10 7 kluster sedia ada 1 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan Melaka-6 6 kluster sedia ada Putrajaya-3 3 kluster sedia ada Perlis-2 2 kluster sedia ada Kelantan-1 1 kluster sedia ada


KL-17 kes (+4 import) Kepong lapor 8 kes baharu. Jumlah keseluruhan kes positif di daerah itu adalah 77 dan yang tertinggi antara semua daerah di KL.


Selangor-178 (+2 import) Kes baharu di Klang hari ini (48) lebih rendah berbanding semalam (109). Jumlah positif COVID-19 di daerah ini; 624 & merupakan tertinggi di semua daerah di Selangor. 102 daripada 178 kes baharu adalah daripada kluster-kluster sedia ada.




N.Sembilan- 225 Daripada jumlah kes baharu, 221 kes dilaporkan dalam kluster sedia ada. Seremban dan Port Dickson masih berada di zon merah.



Sabah-258 (+ 1 import) Semua daerah lapor kes bawah 100. K.Kinabalu lapor kes tertinggi (72). Jumlah kes baharu di Sabah hanya 259 termasuk import. Kes sembuh pula adalah sebanyak 553.




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 11 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 10 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 178 kes baharu hari ini (176 tempatan dan 2 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (7 KES)

Batu – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Kuang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Setapak – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (39 KES)

Cheras – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Kajang – 37 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Kenangan) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Henian) – 5 kes
Saringan Kontak Rapat – 9 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 2 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 18 kes

DAERAH KLANG (48 KES)

Kapar – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 1 kes

Klang – 47 kes lokal
Saringan Bergejala – 6 kes
Saringan Bergejala (Kluster Perigi) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Keladi) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 25 kes

DAERAH KUALA LANGAT (26 KES)

Batu – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 2 kes

Tanjung Dua Belas (1) – 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 17 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja – 12 kes

Telok Panglima Garang – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (2 KES)

Jeram – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Import A (India) – 1 kes

DAERAH PETALING (37 KES)

Bukit Raja – 3 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes

Damansara – 10 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) – 1 kes
Saringan Pra-penerbangan – 1 kes
Saringan Pra-prosedur – 1 kes

Import A (Canada) – 1 kes

Petaling – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Sungai Buloh
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) – 17 kes

DAERAH SEPANG (19 KES)

Dengkil – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Labu – 12 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Medan) – 4 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Lengkuk) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Sepang – 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Lengkuk) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes




2 kes kematian dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kes kematian COVID-19 sebanyak 302. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED