Translate

06 November 2020

Lelaki Warga Bangladesh Didakwa Pukul Kepala, Perut Isteri Warga Tempatan

                                             

Lelaki warga Bangladesh didakwa pukul kepala, perut isteri warga tempatan

BERNAMA
06/11/2020


KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya dengan memukul kepala dan perut wanita itu bulan lepas.

Rakibur Rahman, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Tertuduh yang bekerja membaiki telefon bimbit itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera terhadap isterinya yang merupakan warga tempatan berumur 46 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Merak, Jalan Bukit Idaman di Batu Caves di sini pada 7 malam, 5 Okt lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan dia juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh warganegara asing.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED