Translate

07 November 2020

Lelaki Warga Asing Hampir Putus Leher (2 Videos)

                                   



 

Lelaki warga asing hampir putus leher

BERNAMA
07/11/2020 



PASIR PUTEH, 7 Nov -- Seorang lelaki warga asing cedera parah apabila lehernya hampir putus ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Anis, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Azmir Damiri berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital berkenaan pada 7.30 malam tadi.

“Sebaik menerima laporan, polis bergegas ke hospital tersebut untuk menyoal siasat mangsa tetapi keadaannya agak parah serta tidak boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azmir berkata siasatan awal mendapati mangsa tiada pengenalan diri dan dipercayai warga Myanmar.

Jelasnya, siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengenal pasti punca keadaan mangsa dan masih belum dapat mengesahkan sama ada leher mangsa disembelih dalam kejadian pergaduhan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Malam tadi, tular satu rakaman video berdurasi 33 saat, yang memaparkan seorang lelaki sedang menekup lehernya dengan sehelai kain sebelum memperlihatkan keadaan lehernya yang sudah terbelah dua sehingga terlihat kerongkong.



Source: Kelab Info Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan kekasih ditahan curi barangan kemas lebih' 3 hrs 23 mins ago