Lelaki pandu lawan arus di lebuh raya PLUS direman 3 hari
Astro Awani
13 November 2020
TAPAH: Lelaki yang memandu Perodua Axia melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada Rabu direman tiga hari untuk membantu siasatan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat.
Pemandu kereta Perodua Axia berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bidor, kira-kira jam 11 pagi Khamis.
Pada Rabu, suspek yang dikatakan ingin mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai, memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek berusia 34 tahun itu memandu kereta Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Perak sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara secara melawan arus untuk menyambut Deepavali bersama keluarga.
Sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali.
Sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia itu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Man Travelling Home For Deepavali Crashes Car After Driving Against Traffic (1 Video)

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: