Man pleads guilty to performing sexual act on 15-year-old boy
Lelaki mengaku salah liwat rakan
Astro Awani
15 November 2020
JOHOR BAHRU: Seorang pengganggur mengaku bersalah atas pertuduhan meliwat kawannya berusia 15 tahun di hadapan hakim V. M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa melakukan perbuatan itu pada Ahad lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan memasukkan alat sulit ke dalam dubur seorang remaja.
Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira pukul 5 petang, 8 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur sulehan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika mahkamah membenarkannya.
Bagaimanapun, hakim berkata, beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak COVID-19.
Mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana tertuduh baru dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya.
Hakim menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali serta dilarang menganggu saksi dan mangsa.
Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: