Translate

18 November 2020

Lanjutan PKPD di beberapa kawasan Sabah dan Pulau Pinang: Ditahan-315 Dikompaun-310 Direman- 3 Dijamin-2


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 18 Nov 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan 2,947 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,391 anggota telah melakukan 63,915 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
3,655 pasar raya, 5,139 restoran, 1,213 kilang, 1,863 pasar awam/tani, 2,843 tempat ibadah serta 1,301 tempat riadah telah diperiksa.
PDRM juga telah menahan 315 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 310 individu telah dikompaun, 3 direman dan 2 dijamin.

2. Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 17 PATI, 1 tekong dan merampas 6 kenderaan darat Sebanyak 275 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oATM – 210 SJR oPDRM – 55 SJR oAKSEM – 10 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 11,567 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, sebanyak 54 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 11 buah negeri dan 1 Wilayah Ops Sanitasi ini melibatkan 325 anggota dan 55 jentera JBPM, 263 anggota PBT serta 99 agensi lain

4.Kuarantin Wajib Seramai 70,017 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, 525 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

5. Pelanjutan PKPD Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai Pulau Pinang Sidang khas bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, P.Pinang bermula 19 November 2020 sehingga 2 Disember 2020

6. Pelanjutan PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan bermula 20 November 2020 hingga 3 Disember 2020.

7. PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C Ipoh, Perak Sidang khas bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh bermula 20 November sehingga 3 Disember 2020 melibatkan 2,288 penduduk dan 572 buah rumah

8. PKPD Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon, Kota Belud, Sabah Sidang khas bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon, Kota Belud, Sabah bermula 20 November 2020 sehingga 3 Disember 2020 melibatkan 1,740 penduduk












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED