Translate

15 November 2020

Kontraktor Direman Disyaki Cabul Tiga Anak Tiri

Gambar Hiasan
            
Kontraktor direman disyaki cabul tiga anak tiri

Astro Awani
15 November 2020

SELAYANG: Seorang kontraktor ditahan reman seminggu kerana disyaki mencabul tiga anak tirinya di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Selangor.

Perintah reman sehingga Sabtu depan itu dikeluarkan Majistret Nor Hafizah Rajuni selepas membenarkan permohonan polis.

Terdahulu suspek berusia 52 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang sekitar pukul 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 12.40 tengah malam tadi.

Tangkapan itu susulan laporan daripada mangsa berusia 14 tahun yang mendakwa ayah tirinya mencabulnya ketika ibunya tidur atau tiada di rumah.

Kejadian berlaku pada Februari hingga Oktober lepas.

Suspek turut mengugut mangsa supaya jangan memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

Selain itu, dua orang kakak mangsa berusia 15 dan 20 tahun turut dicabul oleh ayah tirinya.

Kakak mangsa berusia 20 tahun itu merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

Kes itu dilaporkan kepada polis selepas abang dan mak cik mangsa mengetahui hal berkenaan dan membawa mangsa membuat laporan polis.

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan perubatan.

Suspek disiasat akan direman mengikut Seksyen 377C KK/SEK 14(A) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED