Translate

03 November 2020

Kes Positif COVID-19 Libatkan Petugas Media, Pegawai Senator - Ketua Pentadbir Parlimen

              

Kes positif COVID-19 libatkan petugas media, pegawai Senator - Ketua Pentadbir Parlimen
BERNAMA
03/11/2020 


KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Terdapat dua kes positif COVID-19 yang dikesan hasil ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Rabu dan Jumaat lepas, kata Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis Samin.

Beliau berkata dua kes positif itu melibatkan seorang petugas media dan seorang pegawai kepada ahli Dewan Negara.

"Kedua-dua kes yang positif itu telah pun diambil tindakan lanjut oleh Kementerian Kesihatan sejurus selepas keputusan ujian saringan diperolehi," katanya dalam satu kenyataan hari ini, merujuk kepada beberapa laporan media semalam berhubung isu individu yang bertugas di Parlimen positif COVID-19.

Ujian saringan yang dijalankan sebelum Dewan Rakyat bersidang itu melibatkan semua pegawai, kakitangan Parlimen termasuk polis bantuan, media rasmi dan Ahli Parlimen.

Bagaimanapun beliau berkata menerusi ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan itu, semua kakitangan Parlimen adalah negatif dan bebas daripada jangkitan COVID-19.

Beliau berkata pihak Parlimen telah menjalankan pelbagai usaha serta persediaan sewajarnya bagi mengekang penularan wabak COVID-19 untuk memastikan kelancaran persidangan dan pembentangan Belanjawan 2021 yang akan diadakan Jumaat ini.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED