Translate

18 November 2020

Kes Positif 55.4 Juta, Korban Lebih 1.33 Juta

               

COVID-19: Kes positif 55.4 juta, korban lebih 1.33 juta

Astro Awani
18 November 2020

JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah angka 55.4 juta.
Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 11.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 8.87 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.87 juta kes.

Negara yang melepasi angka 1 juta kes ialah Perancis, Rusia, Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Itali, Colombia dan Mexico.

Peru, Jerman, Afrika Selatan, Iran, Poland, Chile, Ukraine dan Iraq termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Indonesia, Belanda, Bangladesh, Turki, Filipina, Arab Saudi, Pakistan, Romania, Kanada, Maghribi, Switzerland dan Nepal.

Sementara itu, sebanyak 23 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.

               

Dalam perkembangan sama, statistik Johns Hopkins University turut menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 melepasi 1.33 juta kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 248,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 166,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 130,000 dan 98,000 kes kematian.
Manakala, kematian di United Kingdom melepasi 52,000 kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian ialah Itali, Perancis, Iran dan Sepanyol.

Argentina, Peru, Colombia dan Rusia pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED