Translate

23 November 2020

Kerana Kesahihan Kerajaan Muhyiddin Belum Ditentukan Tengku Razaleigh Umum Tidak Sertai Perbahasan Belanjawan

 

Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021

ASTRO AWANI
Irwan Muhammad Zain
Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021
Pada 25 September yang lalu, Tengku Razaleigh mengutus surat kepada Azhar dan menggesa agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menyertai perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana keabsahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat ditentukan.
Tengku Razaleigh menjelaskan pendiriannya itu menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
"Oleh kerana kesahihan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah saya lafazkan.
"Maka tidak dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan," kata Tengku Razaleigh menerusi surat itu.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu menjelaskan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada perdana menteri dan jemaah menteri sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting perlembagaan.
"Mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada Perdana Menteri dan para Menteri beliau sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting Perlembagaan.
"Ia akan menghasilkan akibat buruk dalam usaha kita mendukung Perlembagaan dan mempertahankan Kedaulatan Undang-Undang.
"Ia juga mungkin mengakibatkan penggunaan rasuah politik untuk mengekalkan kuasa dan ini bercanggah dengan Perlembagaan.
"Setelah meneliti perkara ini saya berpendapat bahawa pada hakikatnya 'rasuah politik' akan menjahanamkan sistem demokrasi berperlembagaan kita dari dalam tidak ubah seperti ulat yang memusnahkan tunas dan bunga tanpa disedari.
"Pendapat di kalangan orang ramai ialah 'rasuah politik' dan wang akan memusnahkan negara tercinta ini dan sistem politik kita," katanya.

Tengku Razaleigh menjelaskan pendiriannya itu menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yandi-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.


Tengku Razaleigh menjelaskan pendiriannya itu menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Tengku Razaleigh menjelaskan pendiriannya itu menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.


Tengku Razaleigh menjelaskan pendiriannya itu menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Pada 25 September yang lalu, Tengku Razaleigh mengutus surat kepada Azhar dan menggesa agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Namun Azhar dalam surat balasnya mencadangkan agar veteran UMNO berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan bagi memastikan usul tidak percaya itu dibentangkan.
BACA: Tengku Razaleigh gesa Dewan Rakyat bahas Usul Tidak Percaya
Menerusi surat terbaharu ini, Tengku Razaleigh menyanggah cadangan yang dikemukakan oleh Azhar itu dengan hujah menteri undang-undang tiada apa-apa peranan dalam menentukan sama ada usul undi tidak percaya boleh dibentang atau tidak.
"Mencadangkan isu sebegitu penting tertakluk kepada persetujuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) adalah tidak mematuhi perlembagaan dan merupakan pencerobohan terhadap kebebasan dan kemerdekaan Dewan Rakyat daripada segala jenis kawalan oleh Badan Eksekutif," katanya.
Terdahulu, satu surat dalam bahasa Inggeris didakwa ditulis Tengku Razaleigh Hamzah menjadi tular di media sosial pada Ahad.
Pejabat Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan surat itu bukan yang sebenar dihantar kepada Speaker.
Perkara ini disahkan Tengku Razaleigh melalui posting di akaun Twitter rasminya pada Isnin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED