![]() |
Tan Sri Annuar Musa |
KWP bakal perkenal kedai runcit dalam bas
BERNAMA
04/11/2020
KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan ‘kedai runcit di dalam bas’ di bawah Program Usahawan Muda Kota, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata inisiatif baharu dengan kerjasama sebuah syarikat bas tempatan itu diperkenalkan bagi membantu warga kota yang terjejas akibat penularan COVID-19.
“Kita sedar ramai yang sumber pendapatannya terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
“Insya-Allah, kajian lokasi dan konsep telah siap untuk 30 bas yang tidak terpakai yang akan diubah suai menjadi kedai runcit di bawah program Usahawan Muda Kota,” menurutnya dalam catatan Facebook rasmi beliau hari ini.
Bagaimanapun, Annuar tidak mengulas lanjut inisiatif berkenaan.