Translate

05 November 2020

Jururawat Menyebabkan 4 Ahli Keluarga Termasuk Bayi Dijangkiti Covid-19 bila dia balik kampung ke Kelantan daripada Selangor





Jururawat balik kampung, 4 ahli keluarga termasuk bayi dijangkiti Covid-19


MALAYSIAKINI
N Faizal Ghazali
Diterbitkan 4 Nov 2020, 8:10 pm


Tindakan seorang jururawat yang bekerja di Selangor dan pulang ke kampung halaman di Kelantan, baru-baru ini, menyebabkan empat jangkitan baru Covid-19 di negeri itu, setakat hari ini.

Ia termasuk melibatkan mangsa seorang bayi berusia 22 hari iaitu anak saudaranya dan warga emas berusia 75 tahun yang juga neneknya.

Menurut sumber, dua lagi melibatkan ibu dan adik kepada jururawat wanita.

Katanya, jururawat wanita itu pulang ke kampung bersama seorang rakan pada bulan lepas (Oktober) sebelum kembali ke Selangor dan disahkan dijangkiti Covid-19.


"Jururawat tersebut pulang ke rumah ibu bapanya, kemudian singgah bertemu neneknya ketika mahu kembali ke Selangor.

"Selepas itu kami penduduk kejiranan kampung mangsa mendapat berita mengenai nenek dan adiknya sakit dan disahkan dijangkiti Covid-19," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.



Difahamkan jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta itu disahkan positif Covid-19 pada 29 Okt lalu.

Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan pertambahan dua kes Covid-19 baru di Kelantan berpunca daripada jangkitan kes indeks dari Selangor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, melakukan sebanyak 70 ujian saringan Covid-19 terhadap kontak rapat melibatkan empat kes baru di Kuala Balah, Jeli, sejak Isnin lalu.

Katanya, kontak rapat kes sah dari Selangor yang pulang ke negeri ini dan menjangkiti ahli keluarga.

"Kita sudah lakukan ujian saringan kontak rapat di kalangan ahli keluarga selain turut memantau pergerakan ahli keluarga yang dijangkiti.

"Dan sehingga kini pihak kami telah melakukan sebanyak 70 saringan terhadap kontak rapat terhadap kes ini dan kita berharap keputusan yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini adalah negatif," katanya di sidang media Pasukan Bantuan Jururawat Covid-19 ke Labuan di Wisma Persekutuan di Kota Bharu, hari ini.





Advise from the Health DG

The Health DG highlighted the case of a woman who infected four family members with Covid-19 upon travelling to her hometown in Kelantan from Selangor.

KUALA LUMPUR, Nov 5 — The Ministry of Health (MOH) has advised people from red zones and Conditional Movement Control (CMCO) areas not to cross borders, as they may be asymptomatic carriers of Covid-19.

MOH’s advisory came even as 222 Members of Parliament — attending the third Dewan Rakyat meeting in Kuala Lumpur this year from last Monday until December 15 — are permitted to return to their constituencies across the country every weekend in between sittings. Dewan Rakyat sits Mondays to Thursdays.

Federal lawmakers are only subject to Covid-19 testing every fortnight, while Sabah MPs are subject to the additional requirement of 14-day quarantine in the capital city if they travel to their constituencies and back to Parliament.

“If possible, avoid interstate or inter-district travel. Because we are in the Klang Valley, a CMCO area, let us not carry the infection back to our hometown, or to a green zone,” Health director-general Dr Noor Hisham Abdullah said at a daily conference reporting on Malaysia’s Covid-19 cases today.

“Although we may not have symptoms, but we know 60 to 70 per cent of those infected do not have symptoms, so we can infect green zone areas.

“This has happened — there was one case, the individual went back to Kelantan and infected four other family members,” Dr Noor Hisham added.

He was referring to the case reported yesterday of a nurse working in Selangor who returned to her hometown in Jeli, Kelantan, and transmitted Covid-19 to a 22-day-old baby (her niece), her 75-year-old grandmother, her mother, and her sibling. Harian Metro reported that the nurse had visited Kuala Balah, Jeli, last month before returning to Selangor and was later found positive with Covid-19.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED