Imigresen Serbu Pusat Hiburan Di Kawasan PKPB
Imigresen serbu pusat hiburan 'saji' wanita warga asing
BERNAMA
07/11/2020
KUALA LUMPUR, 7 Nov -- Jabatan Imigresen (JIM) menahan 27 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama dekat sini semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata wanita dari Vietnam, Thailand, Laos, Kemboja dan Filipina yang ditahan kira-kira 8 malam itu memasuki negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial sebelum sekatan perjalanan keluar masuk negara dikuatkuasakan pada Mac lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati semua wanita itu bekerja sebagai GRO dan menerima wang upah RM500 hingga RM2,000 sehari.
"Mereka juga langsung tidak dapat membuktikan ada membuat pendaftaran secara dalam talian dengan JIM untuk pulang ke negara asal dan cuba menyalahgunakan kemudahan yang diberikan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti sebegini.
"Wanita warga asing ini mengaut keuntungan yang besar dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral dengan ‘berselimut’ sebagai pelancong, ada juga antara mereka yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan juga memegang pas isteri kepada warganegara tetapi bekerja sebagai GRO," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Dzaimee berkata hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan itu hanya mempunyai lesen perniagaan restoran serta kedai makan dan bukannya lesen hiburan atau kelab malam.
Beliau berkata seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang disyaki juruwang dan ‘mummy’ yang bertindak sebagai penyelia kepada wanita warga asing terbabit turut ditahan.
"Pusat hiburan ini menyediakan pelekat atau lebih dikenali sebagai ‘token stickers’ yang menjadi trend baharu bagi menggantikan aktiviti ‘kalungan bunga’ wanita GRO bagi mendapatkan tips daripada pelanggan dengan nilai pelekat tersebut bermula daripada RM100 sehingga RM1,000 untuk mendapatkan layanan," katanya.
Khairul Dzaimee berkata pemeriksaan mendapati pusat hiburan yang dijaga oleh 'tonto' itu menerima ramai pelanggan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seperti tidak memakai pelitup muka serta gagal mengamalkan penjarakan fizikal.
Katanya warga asing yang ditahan dibawa Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan susulan serta semua individu yang ditahan disiasat mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.