Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
Astro Awani
23 November 2020
Sementara itu, Adlina berkata, isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pagi tadi.
Sehubungan itu, penyanyi, pelakon dan pengacara tersohor negara itu, kata Adlina, memohon peminat-peminatnya agar mendoakan isteri dan tiga orang anaknya bebas daripada jangkitan pandemik COVID-19.
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka memaklumkan, dia berada dalam keadaan sihat dan menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.
“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.
“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” kata Adlina kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Pada Ahad, Alif yang juga pengacara program Big Stage terbitan Astro memaklumkan, dia didapati positif COVID-19.
Dalam akaun Instagram peribadinya, penyanyi dan pelakon tersohor itu memohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah WST.
“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Adlina berkata, Alif yang menyertai pertandingan separuh akhir sebuah program nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen pada Jumaat hanya menjalan ujian saringan COVID-19 pada keesokan harinya.
Justeru, kata Adlina, adalah tidak adil untuk mendakwa Alif dengan sengaja tidak memaklumkan kepada semua artis dan pasukan produksi itu yang dia telah menjalani ujian saringan itu.
“Alif hanya menjalani swab test pada Sabtu (sehari selepas menyertai pertandingan separuh akhir). Dia hanya mendapat tahu keputusan positif pada Ahad,” jelas Adlina lagi.
Penyanyi Alif Satar Positif COVID-19, Mohon Maaf Atas Kesulitan (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/penyanyi-alif-satar-positif-covid-19.html
Astro Awani
23 November 2020
KUALA LUMPUR: Selepas artis terkenal, Alif Satar disahkan positif COVID-19, ibu dan ayah penyanyi berkenaan juga disahkan dijangkiti pandemik berkenaan.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Alif, Adlina berkata, selain orang tua penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.
Menurut Adlina, ketika ini, kesemua ahli keluarga artis yang diuruskannya itu menerima rawatan di hospital.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Alif, Adlina berkata, selain orang tua penghibur berkenaan, adiknya juga didapati positif wabak yang sama.
Menurut Adlina, ketika ini, kesemua ahli keluarga artis yang diuruskannya itu menerima rawatan di hospital.
Sementara itu, Adlina berkata, isteri Alif, Sha Dila Halid serta tiga orang anaknya pula hanya menjalani ujian saringan pagi tadi.
Sehubungan itu, penyanyi, pelakon dan pengacara tersohor negara itu, kata Adlina, memohon peminat-peminatnya agar mendoakan isteri dan tiga orang anaknya bebas daripada jangkitan pandemik COVID-19.
Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka memaklumkan, dia berada dalam keadaan sihat dan menjalani prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pasukan perubatan.
“Saya baru saja berbual dengan Alif menerusi telefon. Alhamdulillah, dia okey, namun sedang dipantau oleh doktor. Sudah tentu Alif berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak-anaknya yang kini berada di Kuala Lumpur.
“Dia sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa berhubung isteri dan anak-anaknya,” kata Adlina kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Pada Ahad, Alif yang juga pengacara program Big Stage terbitan Astro memaklumkan, dia didapati positif COVID-19.
Dalam akaun Instagram peribadinya, penyanyi dan pelakon tersohor itu memohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah WST.
“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Adlina berkata, Alif yang menyertai pertandingan separuh akhir sebuah program nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen pada Jumaat hanya menjalan ujian saringan COVID-19 pada keesokan harinya.
Justeru, kata Adlina, adalah tidak adil untuk mendakwa Alif dengan sengaja tidak memaklumkan kepada semua artis dan pasukan produksi itu yang dia telah menjalani ujian saringan itu.
“Alif hanya menjalani swab test pada Sabtu (sehari selepas menyertai pertandingan separuh akhir). Dia hanya mendapat tahu keputusan positif pada Ahad,” jelas Adlina lagi.
Source: Astro Awani
FOR MORE NERWS GO TO: