Translate

03 November 2020

'Gengster' Tercicir Pistol Ketika Bergaduh (1 Video)





'Gengster' tercicir pistol ketika bergaduh

 3 November 2020


Polis memburu seorang lelaki dipercayai ahli Geng 24 Apache yang tercicir senjata api jenis revolver ketika melarikan diri selepas bergaduh di Taman Sentosa di sini, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata suspek, K Parameswaran, 31, disahkan mempunyai empat rekod jenayah membabitkan kes pecah rumah, samun, dadah dan curi kenderaan. 

Mengulas kejadian Sabtu lalu, beliau berkata sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Daerah (IPD) Klang Selatan bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai pergaduhan di Taman Sentosa. 

Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek sedang bergelut dengan seorang lelaki lain. Namun, menyedari kehadiran polis suspek terus melarikan diri.

Source: Harian Metro YouTube






 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED