Translate

15 November 2020

Didakwa 'Takut Mati', Dr Noor Hisham Perincikan Lawatan Ke Sabah

              

Didakwa 'takut mati', Dr Noor Hisham perincikan lawatan ke Sabah

Astro Awani
14 November 2020

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkongsi semula muat naik lawatan beliau serta timbalannya, Datuk Dr Chong Chee Keong ke negeri Sabah.

Menerusi muat naik status di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, beliau sendiri turun ke padang untuk melihat kesiapsiagaan pasukannya di lapangan pada Ogos lalu.

"Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal kesihatan awam Kota Kinabalu yang telah dipertingkatkan keupayaan makmal melaksanakan ujian RT-PCR kepada 2,500 ujian seharian.

"Saya juga sempat melibat urus dengan warga makmal dan petugas kesihatan di lapangan untuk memdengar sendiri segala isu dan cabaran terkini," kongsinya di laman Facebook beliau pada Sabtu.

Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata, beliau turut melaksanakan libat urus dengan semua ketua jabatan dan pakar perubatan dan kesihatan awam di Sabah secara sidang video.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Pada penghujung bulan Ogos 2020 saya berada di Sabah. Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal kesihatan awam...

Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, November 13, 2020

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED