Translate

18 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 660, Total Cases- 50,390 | Active Cases- 12,814 | New Death- 4 Total Deaths- 322

                




Kenyataan Akhbar KPK 18 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 630 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 37,254 kes (73.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes pulih mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (237 kes);
  • Selangor (170 kes);
  • Negeri Sembilan (109 kes);
  • Pulau Pinang (31 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (25 kes);
  • Perak (22 kes);
  • Sarawak (13 kes);
  • Kedah (8 kes);
  • Terengganu (7 kes);
  • Melaka (4 kes);
  • Johor (3 kes); dan
  • Kelantan (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 18 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50,390 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,814 kes.

Negeri Sabah mencatatkan sebanyak 387 kes (58.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 173 kes positif pada hari ini iaitu penurunan sebanyak 345 kes (66.6 peratus) daripada sejumlah 518 kes positif yang dilaporkan semalam. Daripada 173 kes positif yang dilaporkan di ketiga-tiga negeri Lembah Klang ini, sebanyak 77 kes (44.5 peratus) adalah kes daripada kluster-kluster yang telah dikenal pasti.

Sebanyak 171 kes (25.9 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (135 kes), Kluster GK Tawau (12 kes), Kluster Tembok (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Rumah Merah (4 kes), Kluster Matambai (4 kes) dan Kluster Penjara Sandakan (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan dua (2) warganegara dan dua (2) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Turki (2 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Arab Saudi (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 387 kes
    • 262 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sabaru, Kluster Tomher, dan Kluster Garden;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 139 kes
    • 67 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra-18;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 31 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Murni;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 16 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Pasir;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Perak: 16 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Melaka: Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • Sarawak: Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Besi Demak.
  • Johor: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Parit Kassan.
  • Kelantan: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra-18.

Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 41 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 322 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
31925714PerakPerempuan (WN)80Hospital Raja Permaisuri BainunPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan artritis reumatoid
32045075PerakPerempuan (WN)76Hospital Raja Permaisuri BainunStrok
32149018SabahLelaki (WN)59Hospital Duchess of Kent
32249017SabahPerempuan (BWN)62Hospital Duchess of KentStrok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER-KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  • KLUSTER KENCANA

Kluster ini melibatkan negeri Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Terengganu. Sehingga 18 November 2020, seramai 685 individu telah disaring di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 manakala 659 individu lagi adalah negatif. Tiada kes kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH SINTOK

Kluster ini melibatkan negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor. Sehingga 18 November 2020, seramai 491 individu telah disaring di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 manakala 441 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER SERI ANGGERIK

Kluster ini melibatkan negeri Selangor. Sehingga 18 November 2020, seramai 96 individu telah disaring di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 manakala 72 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER SABARU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-33940) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan komuniti di kawasan setempat telah mengesan sebanyak 87 lagi kes positif COVID-19 dalam kluster ini. Kes-kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Sepagaya.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,627 individu telah disaring, di mana:

  • 88 kes dikesan positif COVID-19 (70 kes baharu);
  • 22 individu dikesan negatif; dan
  • 1,517 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TOMHER

Kluster baharu ini melibatkan daerah Ranau di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini merupakan pekerja buruh binaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi sejak 9 November 2020. Kesemua kes tersebut telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Ranau.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 276 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu);
  • Enam (6) individu dikesan negatif; dan
  • 250 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER GARDEN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-38689) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
  • 24 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER PUTRA-18

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta daerah Petaling dan Sepang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48520) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);  dan
  • 45 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER MURNI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-46773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 17 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • Lapan (8) individu dikesan negatif; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER SERI PASIR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47348) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);  dan
  • 13 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER BESI DEMAK

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47382) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 220  individu dikesan negatif; dan
  • 12 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER PARIT KASSAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tangkak, Johor dan daerah Melaka Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-47391) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 18 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 70  individu dikesan negatif; dan
  • 24 individu masih menunggu keputusan.

KESIAPSIAGAAN COVID-19 BAGI NEGERI-NEGERI LEMBAH KLANG DAN PENUBUHAN PUSAT KAWALAN BERSEPADU COVID-19 WILAYAH TENGAH

Pada peringkat awal gelombang ketiga pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menggunakan Hospital Sungai Buloh (HSgB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital perawatan COVID-19. Manakala Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah bagi pesakit kategori 1 dan 2 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya. Namun begitu, peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di kawasan ini telah mengakibatkan hospital-hospital tersebut mencatatkan kadar penggunaan katil yang tinggi.

Justeru itu, sebagai langkah kesiapsiagaan lanjut bagi menampung kemasukan pesakit susulan lonjakan kes positif COVID-19 di negeri-negeri Lembah Klang, KKM telah mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Menambah jumlah katil rawatan COVID-19 sedia ada di HSgB (ditingkatkan kepada 630 buah katil);
  2. Menambah jumlah katil rawatan COVID-19 sedia ada di HKL (ditingkatkan kepada 831 buah katil);
  3. Menukar status Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) kepada hospital hibrid COVID-19 dengan 230 buah katil COVID-19;
  4. Membuka semula lapan (8) blok Institut Latihan KKM (ILKKM) Sg Buloh sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan kapasiti 2,400 buah katil; dan
  5. Meneruskan penggunaan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dengan kapasiti semasa 648 buah katil.

Oleh itu, sehingga 18 November 2020, jumlah katil bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutan Putrajaya telah ditingkatkan hampir 14 kali ganda iaitu daripada 345 katil pada 1 Oktober 2020 kepada 4,739 buah katil.

Perancangan strategik bagi meningkatkan jumlah katil ini melibatkan enam (6) buah fasiliti iaitu HKL, HSgB, HRC, PKKN, ILKKM dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di dua (2) buah negeri serta kerjasama pelbagai agensi iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Usahasama ini memerlukan koordinasi dan komunikasi yang jitu di antara semua agensi. KKM mengucapkan syabas dan terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama rapat yang diberikan mereka.

Bagi melancarkan tadbir urus dan pengoperasian kesemua hospital dan PKRC di Selangor, WPKL & Putrajaya, KKM dengan bantuan MKN telah menubuhkan PUSAT KAWALAN BERSEPADU COVID-19 WILAYAH TENGAH atau CENTRAL REGION COVID-19 UNIFIED COMMAND CENTRE yang akan diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman dan dibantu oleh Dr. Sarah binti Shaikh Abdul Karim, Pakar Perubatan Kecemasan dari HSgB sebagai timbalan beliau.

 Diharap kerjasama padu KKM dan agensi-agensi lain serta penubuhan CENTRAL REGION COVID-19 UNIFIED COMMAND CENTRE ini mampu melancarkan pengurusan wabak COVID-19 di Selangor, WPKL & Putrajaya. 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH38724,269
SELANGOR141 (2)8,187
W.P. KUALA LUMPUR31 (2)4,644
NEGERI SEMBILAN313,609
KEDAH112,292
PULAU PINANG161,703
W.P. LABUAN131,199
SARAWAK31,045
JOHOR31,019
PERAK16948
PAHANG0395
MELAKA4374
KELANTAN3240
TERENGGANU0230
W.P. PUTRAJAYA1195
 PERLIS041
JUMLAH KESELURUHAN660 (4)50,390

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(18 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1PTS Tawau  SabahTawau1357472,613202 (0)5432
2TerataiSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Kepong    18388602344 (0)440
3HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban  168317,919415 (0)4160
4CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang  151,2514,739909 (1)3420
5KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, KelantanSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi, Kota Bharu  138333,972241 (3)5920
6GK TawauSabahTawau127616831 (0)450
7BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan  111352,08979 (6)551
8TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kinta  91,9729,433405 (1)1,5625
9PerigiSelangorKlang, Kuala Langat9285867245 (0)400
10Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Hulu Selangor    81,3463,1281,311 (0)350
11Ria-30SabahTuaran  71522,139119 (0)330
12Penjara
 Seberang Perai
  
Pulau PinangSeberang Perai Selatan65773,254105 (1)4720
13LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah    52811,456124 (0)1570
14MesraSabahSandakan51921,12473 (0)1181
15Rumah Merah  SabahKota Kinabalu44291,79737 (2)3920
16BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak  4412,40439 (2)20
17MatambaiSabahKota Kinabalu, Penampang  42833324 (0)40
18SagukingWP LabuanLabuan33973,539126 (0)2701
19UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat  3286651138 (0)1480
20BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama  31563,41253 (1)1030
21PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau    3831,93063 (2)191
22Bah MedanSelangorSepang  35250414 (0)380
23TitianWP LabuanLabuan26753024 (0)430
24Jambatan BSabahSandakan    26420321 (0)421
25Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol    2611,45220 (0)410
26AlilaSabahTuaran, Kota Kinabalu24231731 (0)110
27JeriJohorKota Tinggi, Mersing, Muar,Tangkak, Johor Bahru    2371,09937 (0)00
28MengketilKelantan, TerengganuKota Bharu, Machang, Tanah Merah, Besut  22634126 (0)00
29Penjara SandakanSabahSandakan15601,742188 (0)3711
30IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda, Sik  11671,906107 (1)600
31MampulutSabahKeningau    19673233 (0)630
32TanameraSabahTawau, Tuaran    18416042 (0)420
33JernihNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Port Dickson, Sepang    16729841 (0)260
34KeladiSelangorKlang, Kuala Langat    1563568 (0)480
35SuteraSabahKota Kinabalu    15127617 (0)340
36Seri TerapiWP Kuala Lumpur, Melaka, SelangorKepong, Cheras, Lembah Pantai, Alor Gajah, Gombak, Petaling    12949224 (0)50
37PlazaSabahKota Kinabalu    1156315 (0)00
38KejoraSabahKota Kinabalu11010310 (0)00




Status Terkini COVID19, 18 Nov 2020
Kes sembuh=630 Jumlah kes sembuh=37,254 kes Kes baharu positif=660 kes (kes import=4, kes tempatan=656) Jumlah positif=50,390 kes Kes kematian=4 Jumlah kes kematian=322 kes Kes dirawat di ICU=103 kes Bantuan Alat Pernafasan=41 kes



Pecahan kes baharu (660) Sabah 177 kluster sedia ada 85 kluster baharu (Sabaru, Tomher dan Garden) 51 saringan kontak rapat 74 lain-lain saringan Selangor 65 kluster sedia ada 2 kluster baharu (Putra-18) 28 saringan kontak rapat 44 lain-lain saringan 2 import

Perak 12 kluster sedia ada 3 kes SARI 1 saringan kontak rapat Labuan 5 kluster sedia ada 4 saringan kontak rapat 4 lain-lain saringan Kedah 11 kluster sedia ada Melaka 4 kluster sedia ada Sarawak 3 kluster baharu (Besi Demak)

Johor 2 kluster sedia ada 1 kluster baharu (Parit Kassan) Kelantan 3 kluster sedia ada Putrajaya 1 kluster baharu (Putra-18)


KL lapor 31 kes baharu termasuk 2 import dan Putrajaya lapor 1 kes baharu.

2 kluster baharu
Kluster Murni, KL
Kluster Putra-18, Putrajaya

Bukit Bintang naik ke zon merah. Setakat ini, kes aktif di daerah ini; 46.

Jumlah kes aktif di setiap daerah
Kepong - 1206
Lembah Pantai - 80
Titiwangsa - 51
Cheras - 175

Jumlah kes aktif di Putrajaya adalah 33.

Jumlah keseluruhan kes aktif di KL dan Putrajaya adalah 1,545.


Selangor lapor 141 kes baharu termasuk 2 import dan 170 kes sembuh. Klang (43) dan Hulu Langat (33) terus menjadi daerah yang melaporkan kes tertinggi di Selangor. Jumlah kes aktif di Selangor adalah 2,717.


Sabah lapor 387 kes baharu dan 237 kes sembuh. Ranau kembali naik ke zon jingga selepas melaporkan 12 kes baharu. Secara keseluruhan, kes aktif di Ranau; 24. Terdapat 3 kluster baharu iaitu Sabaru, Tomher dan Garden dimana 85 kes baharu dikesan dalam ketiga-tiga kluster ini.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED