Translate

23 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,884, Total Cases- 56,659 | Active Cases- 13,842 | New Death- 2 Total Deaths- 337

                  



Kenyataan Akhbar KPK 23 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 883 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  42,480 kes (75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 23 November 2020, negara telah merekodkan kes tertinggi harian sepanjang pandemik ini iaitu sebanyak 1,884 kes baharu.Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 56,659 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,842 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,882 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Tiga (3) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 1,203 kes (63.9 peratus), diikuti oleh Sabah yang melaporkan sebanyak 289 kes (15.3 peratus) dan seterusnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 196 kes (10.4 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Lembah Klang berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 1,067 kes (76.2 peratus) dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes (7.2 peratus). Negeri Sabah pula masih melaporkan jumlah kes yang agak tinggi walaupun telah berkurang berbanding kebelakangan ini iaitu sebanyak 289 kes. Dari jumlah tersebut, 164 kes (56.7 peratus) adalah hasil saringan kontak rapat.

Sebanyak 33 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (12 kes), Kluster GK Tawau (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster PTS Tawau (1 kes) dan Kluster Tembok (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 337 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
33651858SabahLelaki (WN)80Hospital Duchess of Kent
33753951SabahPerempuan (WN)58Hospital Wanita dan Kanak-Kanak SabahPenyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD)

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 23 November 2020, terdapat sebanyak 334 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.  Jumlah kluster tamat pula adalah sebanyak 166 kluster dengan tiga (3) kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Jambul, Kluster Surat, dan Kluster Hampar. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 168 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini terdiri daripada kluster-kluster yang berkaitan dengan tempat kerja iaitu Kluster Teratai (1,067 kes)Kluster Damanlela (105 kes), dan Kluster Bintang (75 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER BINTANG

Kluster  ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah tapak pembinaan dalam daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif di antara 17 hingga 23 November 2020 melalui saringan bersasar yang dijalankan di kawasan tersebut. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 608 individu telah disaring, di mana 95 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Daripada jumlah ini, 94 kes merupakan bukan warganegara dan satu (1) warganegara.

  • KLUSTER INDAH MAS

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-53452) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEJA KASIH

Kluster ini melibatkan  daerah Kampar dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-48506) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOBENA

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-52599) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020. Sehingga 23 November 2020, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

STATUS TERKINI KLUSTER TERATAI SEHINGGA 23 NOVEMBER 2020

KKM ingin memaklumkan situasi terkini Kluster Teratai di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diisytiharkan pada 7 November 2020. Kluster ini telah menunjukkan peningkatan kes yang mendadak sejak akhir-akhir ini. Sehingga 23 November 2020, terdapat 2,524 kes positif (43.8 peratus) COVID-19 yang telah dilaporkan daripada keseluruhan 5,767 kes yang telah disaring. Sebanyak 1,330 sampel adalah negatif dan 1,913 masih menunggu keputusan.

Kes-kes dalam kluster ini terdiri daripada 164 warganegara dan 2,360 bukan warganegara yang berumur di antara 2 hingga 68 tahun. Kebanyakan kes daripada kluster ini merupakan pekerja-pekerja kilang di kawasan Meru, Klang. Semua kes positif telah dimasukkan ke hospital dan kontak rapat mereka telah dikuarantin untuk mengelakkan jangkitan kepada pekerja-pekerja lain. Pihak pengurusan kilang telah mengambil langkah inisiatif untuk mengasingkan pekerja-pekerja yang dikenalpasti sebagai kontak rapat di tempat-tempat kuarantin yang tertentu. Sehingga hari ini, tiada kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan tiada kes kematian dilaporkan.

Sejak 17 November 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di sekitar kawasan asrama pekerja dan rumah-rumah pekerja. Jumlah penduduk yang terlibat dalam PKPD adalah lebih kurang 5,900 orang. Namun, maklumat yang diperolehi daripada pihak pengurusan kilang mendapati keseluruhan pekerja adalah sebanyak lebih kurang 13,000 orang yang bertugas di 28 buah bangunan kilang yang berbeza. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang bekerjasama dengan pihak pengurusan kilang untuk perancangan membuat saringan ke atas semua pekerja ini.

Perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah diadakan dengan pelbagai agensi kerajaan pada 23 November 2020, di mana ianya telah berkisar sekitar cadangan penutupan kilang-kilang berkaitan secara berperingkat. KKM menyambut baik perkara ini, yang telah pun diumumkan sebentar tadi oleh YB Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob. Ini membolehkan saringan dijalankan secara menyeluruh. Untuk itu, pasukan perubatan dan kesihatan awam bantuan akan digerakkan ke kawasan yang terlibat bagi membantu segala aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk saringan yang akan dipergiatkan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH28926,387
SELANGOR1,20310,955
W.P. KUALA LUMPUR196 (1)5,056
NEGERI SEMBILAN413,985
KEDAH362,376
PULAU PINANG121,780
W.P. LABUAN01,240
PERAK811,185
JOHOR15 (1)1,100
SARAWAK01,055
PAHANG0395
MELAKA0382
KELANTAN9288
TERENGGANU0234
W.P. PUTRAJAYA1198
PERLIS143
JUMLAH KESELURUHAN1,884 (2)56,659

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,884 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,203 kes 
    • 1,099 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 77 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 289 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 164 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 196 kes  
    • 187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bintang dan Kluster Indah Mas
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Perak: 81 kes  
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 38 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Teja Kasih
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 41 kes 
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 36 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 12 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kobena;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Kelantan: Sembilan (9) kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.




Status Terkini COVID19, 23 Nov 2020 Kes sembuh=883 Jumlah kes sembuh=42,480 kes Kes baharu positif=1,884 kes (kes import=2 kes tempatan=1,882) Jumlah positif=56,659 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=337 kes Kes dirawat di ICU=115 kes Bantuan Alat Pernafasan=48 kes



KL lapor 196 kes baharu dan manakala Putrajaya 1 kes.

Kes sembuh bagi KL/Putrajaya adalah 22.

Kepong lapor kes tertinggi (97) diikuti Lembah Pantai (85). Pertambahan kes di KL adalah disebabkan oleh jumlah kes dalam Kluster Damanlela.

Jumlah kes aktif di KL/Putrajaya; 1,837





Selangor lapor 1,203 kes baharu dan 250 sembuh.

Daripada jumlah itu, Klang melaporkan kes baharu tertinggi (1,122). Jumlah kes aktif dari daerah tersebut adalah 3,108 kes. Pertambahan kes di Klang adalah berpunca daripada Kluster Teratai.
KKM



Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 23 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 145 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 1,203 kes baharu hari ini (1,203 tempatan dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (4 KES)

Batu - 2 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Setapak - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (28 KES)

Ampang - 1 kes lokal
Saringan Tapak Bina - 1 kes

Beranang - 1 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes

Cheras - 5 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

Kajang - 12 kes lokal
Saringan Komuniti - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 5 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) - 1 kes

Semenyih - 9 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 8 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

DAERAH HULU SELANGOR (6 KES)

Serendah - 6 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Damanlela) - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster teratai) - 1 kes

DAERAH KLANG (1,122 KES)

Kapar - 1085 kes lokal
Saringan Bergejala - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 4 kes
Saringan Kontak Rapat - 10 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) - 1058 kes

Klang - 37 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan HCW - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 30 kes
Saringan Pekerja - 5 kes

DAERAH KUALA LANGAT (4 KES)

Telok Panglima Garang - 4 kes lokal
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Ijok - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes

DAERAH PETALING (25 KES)

Bukit Raja - 5 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kasah) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan SARI - 1 kes

Damansara - 12 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 9 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Petaling - 3 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Buntar) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) - 1 kes

Sungai Buloh - 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Buntar) - 5 kes

DAERAH SEPANG (13 KES)

Dengkil - 5 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 5 kes

Labu - 8 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 8 kes





Pecahan kes baharu (1,884) Selangor 1,099 kluster sedia ada 77 kontak rapat 27 lain-lain saringan Sabah 52 kluster sedia ada 164 saringan kontak rapat 73 lain-lain saringan KL 107 kluster sedia ada 80 kluster baharu (Bintang dan Indah Mas) 8 lain-lain saringan 1 import

Perak 38 kluster sedia ada 38 kluster baharu (Teja Kasih) 4 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan N.Sembilan 39 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat Kedah 33 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 1 lain-lain saringan

P.Pinang 7 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 3 lain-lain saringan Johor 3 kluster sedia ada 4 kluster baharu (Kobena) 7 saringan kontak rapat 1 import Kelantan 7 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat Putrajaya 1 lain-lain saringan Perlis 1 lain-lain saringan





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED