Translate

17 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,210, Total Cases- 49,730 | Active Cases- 13,806 | New Death- 5 Total Deaths- 318


Kenyataan Akhbar KPK 17 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,018 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 36,624 kes (73.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 17 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,210 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 49,730 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,788 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 518 kes positif (42.8 peratus) pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes (84.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster. Sebanyak 206 kes yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara. Sebanyak  142 kes (52.4 peratus)  yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang melibatkan 131 (92.3 peratus) bukan warganegara.  Kedua-dua kluster ini merupakan kluster yang melibatkan tempat kerja.

Negeri Sabah pula mencatatkan sebanyak 499 kes (41.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Sebanyak 122 kes (24.4 peratus) dilaporkan daripada Kluster Penjara Sandakan (122 kes) manakala 106 kes (21.2 peratus) pula adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Avenue.

Sebanyak 172 kes (14.2 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (122 kes), Kluster Tembok (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (16 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,210 kes baharu pada hari ini, terdapat 19 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan lima (5) warganegara dan 14 bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Nepal (4 kes);
  • Qatar (3 kes);
  • India (3 kes);
  • Filipina (2 kes);
  • Nigeria (1 kes);
  • Amerika Syarikat (1 kes);
  • Turki (1 kes);
  • Rusia (1 kes);
  • Tunisia (1 kes);
  • Romania (1 kes); dan
  • Myanmar (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 499 kes
    • 292 kes daripada kluster-kluster, termasuk 112 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Avenue dan Kluster Kejora;
    • 117 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 259 kes
    • 208 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19..      
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 238 kes
    • 227 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kasah;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 67 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 47 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 33 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Summer;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Kelantan19 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mengketil; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Johor: 14 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Sepuluh (10) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 105 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 318 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
31442857PerakPerempuan (WN)59Hospital Raja Permaisuri BainunPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit buah pinggang kronik
31535426SabahLelaki (WN)65Hospital Duchess of KentPenyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD)
31647698SabahLelaki (WN)80Hospital TawauPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan asma
31747700SabahPerempuan (BWN)65Hospital Queen Elizabeth
31847699SabahLelaki (BWN)25Hospital Queen ElizabethSkizofrenia dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER-KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa lima (5) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini:

  • KLUSTER BANGAU-BANGAU

Kluster ini melibatkan daerah Semporna dan Tawau di Sabah. Sehingga 17 November 2020, seramai 1,010 individu telah disaring di mana 432 kes dikesan positif COVID-19 manakala 578 individu lagi adalah negatif. Terdapat empat (4) kes kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER TASIK

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak di Selangor; serta daerah Miri di Sarawak. Sehingga 17 November 2020, seramai 635 individu telah disaring di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 manakala 611 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER OLIVE

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, di Selangor; Penampang dan Kota Marudu di Sabah. Sehingga 17 November 2020, seramai 285 individu telah disaring di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 manakala 267 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BUANG SAYANG

Kluster ini melibatkan daerah Sipitang, Pitas, dan Putatan, di Sabah; Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; serta Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Sehingga 17 November 2020, seramai 415 individu telah disaring di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 manakala 398 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER KAU SING

Kluster ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Sehingga 17 November 2020, seramai 52 individu telah disaring di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 manakala 36 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER AVENUE

Kluster baharu ini melibatkan daerah Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39819) merupakan seorang penyelia tapak pembinaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Kes indeks  telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 109 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring, di mana:

  • 110 kes dikesan positif COVID-19 (106 kes baharu); dan
  • 136 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER KEJORA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48798) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);  dan
  • 62 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER KASAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi iaitu pekerja-pekerja di sebuah syarikat keselamatan pada 17 November 2020. Kesemua kes merupakan bukan warganegara dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (19 kes baharu);  dan
  • 51 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER SUMMER

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42775) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu)
  • 38 individu dikesan negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER MENGKETIL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah  Besut di negeri Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu)
  • 164 individu dikesan negatif; dan
  • 22 individu masih menunggu keputusan.

TINDAKAN OLEH MAJIKAN BAGI MEMBANTU MENANGANI PENULARAN COVID-19

Untuk makluman daripada 162 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk empat (4) kluster baharu yang diumumkan pada hari ini. Peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh peningkatan kes berkaitan dengan tempat kerja. Ini berikutan ketiga-tiga negeri ini adalah pusat tumpuan warga pekerja. Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19.

Tenaga kerja adalah merupakan aset berharga bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi. Ini termasuklah pekerja dari kalangan warganegara mahu pun bukan warganegara.

Seperti yang KKM sering tekankan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan pekerja misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri dan juga persekitaran di tempat tinggal serta tempat kerja. Memandangkan isu penularan COVID-19 di kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani, KKM menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar dalam sama-sama menanganinya.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:

  • Memberi pendidikan kepada para pekerja tentang amalan kebersihan kendiri, persekitaran di tempat kerja dan tempat tinggal, serta langkah pencegahan;
  • Menyediakan penginapan yang kondusif untuk memastikan penjarakan fizikal yang selamat dapat diamalkan;
  • Memantau dan memastikan amalan pencegahan jangkitan dipraktikkan oleh pekerja di tempat kerja dan tempat penginapan mereka.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH49923,882
SELANGOR271 (12)8,046
W.P. KUALA LUMPUR245 (7)4,613
NEGERI SEMBILAN673,578
KEDAH82,281
PULAU PINANG331,687
W.P. LABUAN11,186
SARAWAK11,042
JOHOR141,016
PERAK47932
PAHANG0395
MELAKA2370
TERENGGANU1230
KELANTAN19237
W.P. PUTRAJAYA2194
 PERLIS041
JUMLAH KESELURUHAN1,210 (19)49,730

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(17 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat  2061,3383,0971,323 (0)150
2TerataiSelangor  Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak  142370586330 (0)400
3  Penjara Sandakan  SabahSandakan1225591,742319 (0)2391
4CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang421,2364,6391,045 (0)1910
5JernihNegeri Sembilan, Selangor  Seremban, Port Dickson, Sepang  286621341 (0)250
6TembokKedah, Perak  Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kinta  201,9639,426396 (4)1,5625
7BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan  201241,78968 (5)551
8Penjara KepayanSabah  Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang  161,8573,638197 (1)1,6600
9PerigiSelangor  Klang, Kuala Langat  16276852237 (0)390
10MesraSabah  Sandakan  1618776679 (1)1071
11KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan  Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi, Kota Bharu  148203,562295 (2)5250
12Penjara
 Seberang Perai
  
Pulau PinangSeberang Perai Selatan145713,25499 (1)4720
13IntanPulau Pinang, Kedah  Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda, Sik  121661,808122 (1)440
14GK Tawau  SabahTawau106416820 (0)440
15UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat  9283641148 (0)1350
16Ria-30SabahTuaran71452,011121 (0)240
17PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis  Kulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau  5801,72060 (2)191
18KubeKelantan, Selangor  Kota Bharu, Tanah Merah, Petaling  52584225 (0)00
19JeriJohorKota Tinggi, Mersing, Muar, Tangkak4351,07835 (0)00
20UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras32741,22832 (0)2420
21Taman BungaNegeri Sembilan  Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol  3591,45018 (0)410
22AssumptionPulau Pinang, Kedah  Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kulim  31710217 (0)00
23HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan  Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban28157,915409 (0)4060
24LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah22761,381129 (0)1470
25JayaNegeri Sembilan, Selangor  Seremban, Sepang, Kuala Langat  210036136 (0)640
26GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya  27176724 (1)470
27TeduhSabah  Lahad Datu  2512,7907 (0)440
28LiawanSabahKeningau  24912745 (0)40
29PlazaSabahKota Kinabalu2141914 (0)00
30Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri Sembilan  Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson  11652,36722 (0)1430
31Rengas  Perak, Pulau Pinang, Kedah  Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim1125841112 (0)130
32TanameraSabah  Tawau, Tuaran  18316042 (0)410
33BerendamMelaka, Johor  Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak  1372,40435 (2)20
34IstimewaSabahSandakan1225415 (0)70
35DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa1171,6809 (0)80
36SepanggarSabahKota Kinabalu1101288 (0)20





Status terkini COVID-19 setakat 17 November 2020

Jumlah discaj baru: 1018 kes
Jumlah kumulatif discaj: 36624 kes (73.6%)
Jumlah kes baru: 1210 kes
Jumlah kumulatif: 49730 kes
Jumlah kes aktif: 13806 kes
Kes tempatan: 1191 kes
Kes import: 19 kes (5 WN, 14 BWN)
Jumlah kematian: 5 kes
Jumlah kumulatif kematian: 318 kes (0.64%)
Jumlah kes di ICU: 105 kes
Pesakit intubated: 40 kes


KL lapor 245 kes baharu (termasuk 7 import) dan Putrajaya lapor 2. Daerah yang catat kes aktif tertinggi: Kepong - 1,201 Cheras - 169 Putrajaya -36 1 kluster baharu dikesan di Kepong iaitu Kluster Kasah (19 kes baharu). Jumlah kes aktif di kedua-dua wilayah; 1,526.



Selangor lapor 271 kes baharu termasuk 12 import dan 125 kes sembuh. 3 daerah dengan kes aktif tertinggi; Hulu Langat -769 Klang -1056 Sepang -300 Jumlah kes aktif di Selangor; 2,808











Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 17 November 2020 jam 12.00 tengahari.
Pertambahan 88 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 271 kes baharu hari ini (256 tempatan, 3 import B dan 12 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (1 KES)

Batu – 1 kes lokal
Saringan Pekerja – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (6 KES)

Import A (Turki) – 1 kes

Kajang – 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 1 kes

DAERAH KLANG (189 KES)

Kapar – 144 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 5 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 132 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 2 kes
Saringan Swasta – 1 kes

Klang – 42 kes lokal, 2 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 2 kes
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes
Saringan Pekerja – 16 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 9 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 3 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (42 KES)

Import A (Boston) – 1 kes
Import A (Nepal) – 4 kes
Import A (Nigeria) – 1 kes
Import A (Qatar) – 3 kes

Tanjung Dua Belas (1) – 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 4 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 28 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Jernih) – 28 kes

Telok Panglima Garang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (4 KES)

Ijok – 4 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes

DAERAH PETALING (26 KES)

Bukit Raja – 3 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Damansara – 8 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Pekerja – 6 kes

Import A (India) – 1 kes
Import A (Filipina) – 1 kes

Petaling – 5 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kube) – 2 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Sungai Buloh – 8 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 3 kes

DAERAH SEPANG (3 KES)

Dengkil – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

Labu – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) – 1 kes



Lima lagi kematian dilaporkan hari ini iaitu satu kes di Perak dan 4 kes di Sabah. Ini menjadikan 318 kes kematian setakat ini atau 0.6%. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED