Translate

16 November 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,103, Total Cases- 48,520 | Active Cases- 12,601 | New Death- 4 Total Deaths- 313

           



Kenyataan Akhbar KPK 16 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 821 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 35,606 kes (73.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes sembuh mengikut negeri adalah seperti berikut;

  • Sabah (372 kes);
  • Selangor (189 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (98 kes);
  • Negeri Sembilan (92 kes);
  • Pulau Pinang (40 kes);
  • Labuan (9 kes);
  • Perak (6 kes);
  • Johor (6 kes);
  • Sarawak (5 kes);
  • Melaka (2 kes); dan
  • Terengganu (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 16 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,103 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 48,520 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,601 kes.

Untuk makluman, negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 544 kes positif (49.3 peratus) pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 484 kes (89.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster. Kluster yang melaporkan kes yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 385 kes.

Negeri Sabah pula mencatatkan sebanyak 288 kes (26.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Penurunan kes positif COVID-19 di Sabah menunjukkan keberkesanan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit yang telah dijalankan secara agresif sejak berlaku peningkatan kes di sana. Negeri Perak pula mencatatkan 116 kes (10.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini iaitu peningkatan sebanyak 5.5 kali ganda daripada 21 kes positif semalam. Kebanyakan kes positif di Perak adalah daripada Kluster Tembok iaitu sebanyak 111 kes.

Sebanyak 139 kes (12.6 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (111 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), dan Kluster Benteng LD (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,103 kes baharu pada hari ini, negeri Selangor melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan seorang warganegara yang tiba dari negara Arab Saudi.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 392 kes
    • 385 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 288 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Matambai;
    • 158 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 150 kes
    • 99 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 116 kes
    • 113 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 90 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 26 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • KelantanTujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 313 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
31046590SabahLelaki (WN)46Hospital Queen Elizabeth
31125297SabahLelaki (WN)54Hospital TawauPenyakit darah tinggi
31240556SabahPerempuan (WN)73Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit, aritmia jantung, penyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD), dan penyakit Alzheimer’s
31338793SabahPerempuan (BWN)51Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER JERAM DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Jeram telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Sehingga 16 November 2020, seramai 351 individu telah disaring di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 manakala 346 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

KLUSTER BAHARU : KLUSTER MATAMBAI

KKM ingin memaklumkan terdapat satu (1) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster MatambaiKluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22962) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 22 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Matambai, Penampang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Penjara Wanita Kepayan serta Hospital Queen Elizabeth

Sehingga 16 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 333 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (15 kes baharu)
  • 306 individu dikesan negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 November 2020 @ 5.30 petang.


LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH28823,383
SELANGOR151 (1)7,775
W.P. KUALA LUMPUR3924,368
NEGERI SEMBILAN903,511
KEDAH102,273
PULAU PINANG261,654
W.P. LABUAN81,185
SARAWAK11,041
JOHOR81,002
PERAK116885
PAHANG0395
MELAKA1368
TERENGGANU4229
KELANTAN7218
W.P. PUTRAJAYA1192
 PERLIS041
JUMLAH KESELURUHAN1,103 (1)48,520

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(16 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat3851,1323,0971,123 (0)90
2TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama1111,9439,392376 (1)1,5625
3HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban838137,915436 (0)3770
4CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang  551,1944,5971,047 (0)1470
5IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda  161541,643134 (2)200
6TerataiSelangor  Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak  14228580206 (0)220
7PerigiSelangorKlang  13260841246 (0)140
8Ria-30SabahTuaran121381,712123 (0)150
9KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor  Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi  78063,444305 (2)5010
10AlilaSabahTuaran, Kota Kinabalu  64031731 (0)90
11LiawanSabahKeningau  54712745 (0)20
12JeriJohor  Kota Tinggi, Mersing, Muar  53197331 (0)00
13  Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan45573,25491 (0)4660
14  Penjara Sandakan  SabahSandakan44371,737203 (1)2340
15LengkukSelangor, Negeri Sembilan  Sepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah  42731,369148 (0)1250
16BayanPulau Pinang, Kedah, Perak  Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama41533,33758 (2)950
17Saguking  WP Labuan  Labuan33943,539135 (0)2581
18Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson31642,36742 (0)1220
19KubeKelantan  Kota Bharu, Tanah Merah32083320 (0)00
20HavenSabahLahad Datu31617216 (0)00
21Assumption  Pulau Pinang, Kedah  Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kulim3149614 (0)00
22Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang  21,8413,638181 (0)1,6600
23Rumah MerahSabahKota Kinabalu24251,79740 (0)3850
24UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat2274641171 (0)1030
25JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang, Kuala Langat29835337 (0)610
26TinusaSabahSandakan2405938 (0)311
27Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran11,14616,592115 (0)1,0301
28BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan11041,53951 (5)530
29GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu1911,55629 (0)620
30PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau1751,64055 (4)191
31KaramuntingSabahSandakan1687755 (1)130
32TitianWP LabuanLabuan16553027 (0)380
33Jalan BombaSabahSandakan1633388 (0)532
34BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak1362,40434 (0)20
35SaktiSabahLahad Datu1271,4884 (0)230




Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 16 Nov 2020 Kes sembuh=821 Jumlah kes sembuh=35,606 kes Kes baharu positif=1,103 (kes import=1, kes tempatan=1,102) Jumlah positif=48,520 kes Kes kematian=4 Jumlah kes kematian=313 kes Kes dirawat di ICU=102 kes Bantuan Alat Pernafasan=39 k








Selangor laporkan 151 kes baharu termasuk 1 import 189 kes sembuh. Klang (33) dan Hulu Langat (71) masih lagi melaporkan kes tertinggi berbanding daerah lain. Jumlah kes aktif di Klang adalah 899 manakala Hulu Langat 802. Jumlah kes aktif di Selangor; 2,676.




Sabah lapor 288 kes baharu dan 372 kes sembuh.

Ini adalah hari ke-4 berturut-turut kes baharu menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya.

13 Nov -556 kes baharu
14 Nov -391 kes baharu
15 Nov -381 kes baharu
16 Nov -288 kes baharu

Kota Marudu turun ke zon kuning.





Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 16 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 171 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 151 kes baharu hari ini (141 tempatan, 9 import B dan 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (5 KES)

Batu – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Hulu Kelang – 1 kes lokal
Saringan Pra-kemasukan ke wad – 1 kes

Kuang – 1 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Bergejala – 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (71 KES)

Ampang – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes

Beranang – 1 kes lokal
Saringan SARI – 1 kes

Cheras – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes

Kajang – 67 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 31 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 29 kes
Saringan Swasta – 1 kes

DAERAH HULU SELANGOR (2 KES)

Ampang Pecah – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Batang Kali – 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes

DAERAH KLANG (38 KES)

Kapar – 13 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 9 kes

Klang – 20 kes lokal, 5 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 13 kes
Saringan Swasta – 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (9 KES)

Tanjung Dua Belas (1) – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) – 2 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Jaya) – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Telok Panglima Garang – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 4 kes

DAERAH PETALING (12 KES)

Bukit Raja – 2 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes

Damansara – 3 kes lokal, 1 kes import B
Saringan Berfokus (Import B) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan SARI – 1 kes

Petaling – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) – 1 kes

Sungai Buloh – 4 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Saringan Pra-pembedahan – 2 kes

DAERAH SEPANG (14 KES)

Dengkil – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes

Import A (Arab Saudi) – 1 kes

Labu – 8 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 4 kes

Sepang – 3 kes lokal
Saringan 
Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pra-pembedahan – 1 kes




Kes baharu hari ini 1,103 kes berada antara unjuran R naught pada nilai 1.1 dan 0.9. KKM mensasarkan R naught bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED