Translate

22 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,096, Total Cases- 54,775 | Active Cases- 12,843 | New Death- 3 Total Deaths- 335





Kenyataan Akhbar KPK 22 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,104 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  41,597 kes (75.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 22 November 2020, sebanyak 1,096 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 54,775 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,843 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,090 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Dua (2) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah yang melaporkan sebanyak 311 kes (28.4 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan sebanyak 502 kes (83.3 peratus). Negeri Sabah pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat iaitu sebanyak 139 kes (44.7 peratus).

Sebanyak 72 kes (6.6 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (42 kes), Kluster Bakti (16 kes), Kluster Rumah Merah (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (4 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Reman (2 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), dan Kluster Matambai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 & 2.

Sehingga kini, terdapat 106 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 46 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 335 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
33334953SabahLelaki (WN)68Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan strok
33441489SabahLelaki (WN)90Hospital Queen ElizabethPenyakit strok, dislipidemia dan penyakit aritmia jantung
33552981SabahPerempuan (BWN)80Hospital Duchess of KentStrok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 22 November 2020, terdapat sebanyak 330 kluster telah dilaporkan. Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu yang dilaporkan.  Jumlah kluster tamat adalah sebanyak 163 kluster dengan empat (4) kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Ini menjadikan  menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (504 kes), Kluster Tembok (42 kes), dan Kluster Kaya (20 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER PENGKALAN BARAT

Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang serta daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-42002) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 10 November 2020. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 251 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BAKTI

Kluster  ini melibatkan sebuah penjara dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-54624) merupakan seorang banduan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 melalui saringan kemasukan tahanan ke penjara. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BAYAM INDAH

Kluster ini melibatkan  daerah Kulim dan Kuala Muda di negeri Kedah. Kes indeks (iaitu kes ke-53580) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH31126,098
SELANGOR603 (1)9,752
W.P. KUALA LUMPUR30 (4)4,860
NEGERI SEMBILAN293,944
KEDAH162,340
PULAU PINANG151,768
W.P. LABUAN131,240
PERAK551,104
JOHOR9 (1)1,085
SARAWAK01,055
PAHANG0395
MELAKA5382
KELANTAN8279
TERENGGANU0234
W.P. PUTRAJAYA1197
PERLIS142
JUMLAH KESELURUHAN1,096 (6)54,775

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,096 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 603 kes 
    • 536 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 311 kes 
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 139 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 55 kes  
    • 45 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pengkalan Barat
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 30 kes  
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Negeri Sembilan: 29 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bakti; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: 16 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayam Indah; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 15 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Sembilan (9) kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: Lapan (8) kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lima (5) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Pecahan kes baharu (1,096)


Selangor
536 kluster sedia ada. Ini termasuk kluster Teratai (504)
27 saringan kontak rapat
39 lain-lain saringan
114 lain-lain saringan
1 import


Sabah
58 kluster sedia ada
139 kontak rapat


Johor 6 kluster sedia ada 2 lain-lain saringan 1 import Kelantan 7 kluster sedia ada 1 lain-lain saringan Melaka 2 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat


Putrajaya 1 saringan kontak rapat Perlis 1 lain-lain saringan








Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 22 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 179 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 603 kes baharu hari ini (602 tempatan dan 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (12 KES)

Batu - 10 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 8 kes

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Setapak - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (36 KES)

Ampang - 4 kes lokal
Saringan Pekerja - 4 kes

Kajang - 32 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Komuniti - 10 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 11 kes
Saringan OKT - 4 kes
Saringan Pekerja - 4 kes

DAERAH KLANG (528 KES)

Kapar - 506 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 14 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja - 5 kes
Saringan PKPD (Kluster Teratai) - 480 kes

Klang - 22 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Perigi) - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 5 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Perigi (Kluster Perigi) - 9 kes

DAERAH KUALA LANGAT (6 KES)

Bandar - 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 4 kes

Kelanang - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Perigi) - 1 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 1 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 1 kes

*KUALA SELANGOR (1 KES)*
Jeram - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes

DAERAH PETALING (15 KES)

Bukit Raja - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 2 kes

Damansara - 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 5 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

Sungai Buloh - 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Sri Jujur) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kasah) - 1 kes

DAERAH SEPANG (5 KES - 4 lokal, 1 Import A)

Dengkil - 2 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kaya) - 1 kes

Labu - 2 kes lokal
Saringan Begejala (HCW) - 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) - 1 kes

Import A (Ukraine) - 1 kes



Selangor lapor 603 kes baharu dan 282 kes sembuh. 504 daripada jumlah kes baharu dilaporkan dalam kluster Teratai. Jumlah kes aktif di Klang adalah 2,015 manakala kes aktif di Selangor; 3,560.











                                            

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED