Boleh buka gerai di mana-mana kawasan yang sesuai di KL - Annuar

BERNAMA
10/11/2020
KUALA LUMPUR, 10 Nov -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata bagaimanapun peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma.
"Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi 'wilayah bebas berniaga' …sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan.
"Permohonan lesen itu bertujuan untuk makluman dan rekod data DBKL sahaja. Pemohon akan mendapat lesen sementara secara automatik dan kemudian DBKL akan membuat pemantauan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Annuar berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan majlis perwakilan penduduk di ibu negara mengenai perkara itu agar pihak berkenaan memberi kerjasama dengan melakukan pemantauan di peringkat komuniti.
Beliau seterusnya mengingatkan para peniaga agar tidak berniaga di lokasi yang boleh mengancam keselamatan awam, menyebabkan kesesakan lalu lintas, dan perlu menjaga kebersihan di sekitar ibu kota.
Terdahulu, Annuar menyerahkan bantuan gerai, lesen penjaja dan sebuah unit Projek Perumahan Rakyat kepada Nurjahan Mariamah Abdullah, 45, yang hilang pekerjaan sebagai tukang cuci akibat COVID-19 dan kini terpaksa menjual nasi lemak dan bihun menggunakan troli di sekitar Taman Desa, di sini.
Kisah ibu tunggal dikenali sebagai Puan Mary yang perlu menanggung tiga anak dan ibunya, mula tular sejak beberapa minggu lepas dan mendapat perhatian ramai, termasuk Annuar dan DBKL.
Sementara itu, Nurjahan Mariamah melahirkan rasa syukur atas bantuan yang diberi dan beliau bertekad akan memanfaatkan peluang itu sebaiknya untuk menjana pendapatan dan menaikkan taraf hidup.
"Selepas ini saya tidak perlu lagi berjalan kaki dan membahayakan diri untuk berniaga, orang ramai yang ingin beli nasi lemak dan bihun, lebih senang cari saya di gerai," katanya.