Translate

18 November 2020

Bekas Menteri Kebudayaan , Belia Dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim Meninggal Dunia

               

Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia

BERNAMA
18/11/2020 


KUALA LUMPUR, 18 Nov-- Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 78 tahun, awal hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anak saudaranya, Ahmad Hafiz Abdul Raffar menerusi satu hantaran Facebook.

Menurut Ahmad Hafiz, Allahyarham meninggal dunia pada 3.10 pagi.

“Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkam kepulangan ayahanda tercinta kami (Datuk Mokhtar Hashim) ke rahmatullah pada 3.10 pagi tadi.

“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan. Seterusnya mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Hanya lafaz takziah serta doa yang mampu diucapkan dari kejauhan buat ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED