Translate

01 November 2020

Bayi Baru Dilahirkan Ditemui Dalam Beg Atas Peti Surat



                                                    

Bayi baru dilahirkan ditemui dalam beg atas peti surat
Astro Awani
1 November 2020


GEORGE TOWN: Seorang bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan ditemui diatas peti surat di flat blok 47 Tingkat, Paya Terubong 4,Pulau Pinang pada Ahad.

Bayi seberat 3.2kg itu dibalut dengan tuala putih dan disumbat di dalam beg galas.

Bagaimanapun, bayi tersebut berjaya diselamatkan seorang penduduk kira kira jam 12.40 tengahari.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata, pihak polis menerima panggilan daripada lelaki yang baru pulang dari kerja yang memberitahu tentang penemuan bayi itu.

"Pemeriksaan mendapati bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan namun tali pusat bayi malang itu telah dipotong.

"Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut. Tiada dokumen lain dijumpai dalam beg tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Bayi perempuan yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan ditemui diatas peti surat di flat blok 47 Tingkat, Paya Terubong 4,Pulau Pinang.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan pihak yang membuang bayi itu dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut agar menyalurkannya kepada pihak polis.

"Setakat ini tiada saksi melihat kejadian itu dan kawasan perumahan tersebut juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan ibu yang melahirkan bayi berkenaan dan pihak yang membuang mangsa di situ," katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 5 hrs 22 mins ago