Ayda Jebat Said Yes To Nabil Mahir - The Proposal
Ayda Jebat, Nabil Mahir umum nikah 1 Januari 2021
Astro Awani
7 November 2020
Keputusan memilih tarikh berkenaan dibuat pasangan itu bagi memudahkan mereka mengingati hari bahagia.
"Ayda memang jenis susah nak ingat tarikh. Sebab itu tarikh nak kahwin pun dia pilih yang senang untuk ingat. Waktu itu saya sudah bagi beberapa tarikh, tapi Ayda cakap nanti dia lupa.
"Dia terus bagi cadangan tarikh. Apabila saya tengok tarikh itu, saya cakap awak memang tak ingat tarikh ulang tahun ya. Dia pun gelak," kata Nabil yang juga seorang pengacara.
Pasangan berkenaan mengumumkan tarikh pernikahan mereka dalam video Episod 1 Tarikh Nikah Ayda Jebat & Nabil Mahir di saluran YouTube Wuzz Show pada Sabtu.
Dalam video berkenaan juga, Ayda dan Nabil mendedahkan kisah percintaan mereka yang sebelum ini tidak pernah dikongsi.
Bahkan, Nabil mendedahkan Ayda juga yang mula menghantar mesej di Instagram secara mesej peribadi (DM).
"Pertama kali jumpa tidaklah terus berkawan. Hanya tangkap gambar. Kali kedua jumpa dia ajak saya menari atas pentas. Dua bulan selepas itu dia DM saya dan ajak berborak. Jadi, kalau nak tahu siapa mengurat siapa, Ayda yang mengurat saya.
"Dari situ kami mula berkawan dan dia berkongsi banyak perkara dengan saya. Dari situ kami terus bersama sebagai kekasih. Pendek kata Ayda yang memulakan langkah," kata Nabil lagi.
Sementara itu, Ayda pula membuat pengakuan, keputusannya mengirim mesej kepada Nabil adalah untuk memberitahu yang dia tidak gemar untuk mengganggu kekasih orang.
Kata Ayda juga, itulah kali pertama dia mengirim mesej kepada lelaki dan cuba memulakan komunikasi.
“Sebelum ini tak pernah buat begitu. Memang betullah saya mengurat dia. Selepas DM itu, beberapa hari selepas itu saya tanya Nabil dia ada kekasih atau tak, dia jawab tidak ada dan solo sebab saya tidak suka kacau kekasih orang. Kiranya DM itu adalah langkah untuk berkenalan," kata Ayda lagi.
Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu sebagai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayda, 28, dan Nabil, 32, mengikat tali pertunangan selepas setahun menjalin hubungan istimewa.
Majlis Pertunangan Online Ayda Jebat & Nabil Mahir (Official Video)
Astro Awani
7 November 2020
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat dan tunangnya, Nabil Mahir sepakat untuk melangsungkan pernikahan mereka pada1 Januari 2021.
Keputusan memilih tarikh berkenaan dibuat pasangan itu bagi memudahkan mereka mengingati hari bahagia.
"Ayda memang jenis susah nak ingat tarikh. Sebab itu tarikh nak kahwin pun dia pilih yang senang untuk ingat. Waktu itu saya sudah bagi beberapa tarikh, tapi Ayda cakap nanti dia lupa.
"Dia terus bagi cadangan tarikh. Apabila saya tengok tarikh itu, saya cakap awak memang tak ingat tarikh ulang tahun ya. Dia pun gelak," kata Nabil yang juga seorang pengacara.
Pasangan berkenaan mengumumkan tarikh pernikahan mereka dalam video Episod 1 Tarikh Nikah Ayda Jebat & Nabil Mahir di saluran YouTube Wuzz Show pada Sabtu.
Dalam video berkenaan juga, Ayda dan Nabil mendedahkan kisah percintaan mereka yang sebelum ini tidak pernah dikongsi.
Bahkan, Nabil mendedahkan Ayda juga yang mula menghantar mesej di Instagram secara mesej peribadi (DM).
"Pertama kali jumpa tidaklah terus berkawan. Hanya tangkap gambar. Kali kedua jumpa dia ajak saya menari atas pentas. Dua bulan selepas itu dia DM saya dan ajak berborak. Jadi, kalau nak tahu siapa mengurat siapa, Ayda yang mengurat saya.
"Dari situ kami mula berkawan dan dia berkongsi banyak perkara dengan saya. Dari situ kami terus bersama sebagai kekasih. Pendek kata Ayda yang memulakan langkah," kata Nabil lagi.
Sementara itu, Ayda pula membuat pengakuan, keputusannya mengirim mesej kepada Nabil adalah untuk memberitahu yang dia tidak gemar untuk mengganggu kekasih orang.
Kata Ayda juga, itulah kali pertama dia mengirim mesej kepada lelaki dan cuba memulakan komunikasi.
“Sebelum ini tak pernah buat begitu. Memang betullah saya mengurat dia. Selepas DM itu, beberapa hari selepas itu saya tanya Nabil dia ada kekasih atau tak, dia jawab tidak ada dan solo sebab saya tidak suka kacau kekasih orang. Kiranya DM itu adalah langkah untuk berkenalan," kata Ayda lagi.
Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu sebagai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayda, 28, dan Nabil, 32, mengikat tali pertunangan selepas setahun menjalin hubungan istimewa.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
Tahniah! Senyap-senyap Je, Malam Ini! Ayda Jebat-Nabil Mahir Umum Nikah