Translate

23 November 2020

Pelanjutan PKPD Putra Point Nilai, Negeri Sembilan




Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 23 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan 2,795 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,326 anggota telah melakukan 52,197 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

3,548 pasar raya, 4,668 restoran, 1,299 kilang, 1,692 pasar awam/tani, 2,914 tempat ibadah serta 1,359 tempat riadah telah diperiksa.

Semalam, PDRM juga telah menahan 807 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 747 individu telah dikompaun, 52 direman dan 8 dijamin.

2. Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 85 PATI serta merampas 3 kenderaan darat Sebanyak 266 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: ATM – 200 SJR PDRM – 57 SJR AKSEM – 9 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 11,772 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, sebanyak 30 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 6 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan Ops ini melibatkan 213 anggota dan 39 jentera JBPM dan 4 agensi lain

4.Kuarantin Wajib Seramai 73,248 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa Semalam, seramai 942 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib

5.Barang Keperluan Asas Semalam, Penguatkuasa KPDNHEP telah membuat 672 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (496), pemborong (148) dan pengilang (28) serta melakukan 962 pemeriksaan khas pematuhan dan didapati semua premis mematuhi SOP

6. Penamatan PKPD di Taman Mesra, Sandakan, Sabah Sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Mesra, Sandakan, Sabah pada 24 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

7. Penamatan PKPD Plaza Hentian Kajang Sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di Plaza Hentian Kajang pada 24 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.

8. Penamatan PKPD di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor Sidang khas bersetuju menamatkan PKPD di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 25 November 2020 seperti yang dijadualkan

9. PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban Sidang khas bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban selama 14 hari bermula 24 November 2020 sehingga 7 Disember 2020.

PKPD ini akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni.

10. Pelanjutan PKPB di Daerah Kuching, Sarawak Sidang khas bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Daerah Kuching, Sarawak sehingga 27 November 2020.

11. Pelanjutan PKPD Kg Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah Sidang khas bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kg Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah selama 14 hari lagi bermula 24 November 2020 sehingga 7 Disember 2020.

12. Pelanjutan PKPD Putra Point Nilai, Negeri Sembilan Sidang khas bersetuju melanjutkan lagi PKPD di Putra Point Nilai, Negeri Sembilan sehingga 30 November 2020

13. Penutupan Berperingkat Kilang Top Glove Sidang Khas bersetuju supaya 28 kilang Top Glove ditutup secara berperingkat bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan dan menjalani proses kuarantin

Pelaksanaan ini akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove.







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED