Translate

01 November 2020

30 Daerah Dalam Zon Merah Sepanjang 14 Hari Lalu - CPRC

Zon merah itu merangkumi 13 daerah di Semenanjung Malaysia, 16 daerah di Sabah dan satu daerah di Sarawak.
           

COVID-19: 30 daerah dalam zon merah sepanjang 14 hari lalu - CPRC
Astro Awani
1 November 2020


KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari, iaitu dari 18 hingga 31 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM).

Zon merah itu merangkumi 13 daerah di Semenanjung Malaysia, 16 daerah di Sabah dan satu daerah di Sarawak.

Berdasarkan senarai diberikan CPRC, Sabah kekal mencatatkan zon merah tertinggi iaitu di Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kota Marudu, Kudat dan Penampang.

Beaufort, Sipitang, Nabawan, Pitas, Tambunan, Tenom, Kuala Penyu, Tongod, Beluran dan Telupid masih zon kuning.

Bagi Sarawak, hanya daerah Kuching mencatatkan zon merah, manakala, Limbang dan Miri kategori zon kuning.

Selangor mencatatkan enam daerah zon merah iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang, dan Kuala Langat.

Manakala, daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor dikategorikan sebagai zon kuning.

Zon merah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di Kepong dan Titiwangsa, manakala di Wilayah Persekutuan Putrajaya zon kuning.

Di negeri-negeri Utara, Kota Setar, Kedah adalah zon merah dan di Pulau Pinang, daerah Timur laut serta Seberang Perai Selatan juga di zon merah.

Selain itu, Johor Bahru di Johor adalah antara daerah terbaharu dikategorikan sebagai zon merah.
Seremban, Negeri Sembilan pula catat satu zon merah dan zon kuning di daerah selainnya.

Negeri-negeri di Pantai Timur iaitu di Terengganu, Pahang dan Kelantan setakat ini masih tiada zon merah.

Sementara itu, Perlis adalah satu-satunya negeri yang masih berada di zon hijau.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 7 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Ch' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 28 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 55 mins ago