Translate

21 March 2025

Polis kesan tujuh individu bantu siasatan kes jenayah di Tanah Merah



Polis kesan tujuh individu bantu siasatan kes jenayah di Tanah Merah

Bernama

21/03/2025


Kesemua mereka berumur antara 33 hingga 39 tahun dan sedang dikesan bagi membantu siasatan polis. - Foto IPD Tanah Merah


KOTA BHARU: Polis sedang giat mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda di Tanah Merah.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata empat daripada mereka berasal dari Kampung Felda Kemahang 3, iaitu Norahamdasukiran Mat Nawi, Muhd Zulhimi Zahari (Pujo), Azuan Mat Ali (Duan Pok Mi), dan Mohamad Rudie Fikri Zakaria (Mek Yu Pok Ya).

"Dua lagi berasal dari Kampung Paku, Gual Ipoh, iaitu Mohd Zahari Mohd Rofi dan Mohmad Zamri Mohd Rofi manakala seorang lagi individu berasal dari Kampung Lalang Pepuyu.

"Kesemua mereka berumur antara 33 hingga 39 tahun dan sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp Chek Azri Che Ismail melalui talian 017-6970665 atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline IPD Tanah Merah 09-9558429 atau 09-955622 serta mana-mana balai polis berdekatan.

"Kesemua individu terbabit diminta tampil memberi keterangan kepada pihak polis dengan kadar segera. Kerjasama masyarakat amat diperlukan dalam menyalurkan sebarang maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mang' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 35 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 127,000 anggota bakal nikmati In' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Pahang seru umat Islam tunaikan kewajipan b' 36 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Siasatan menyeluruh dimulakan,' 48 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 51 mins ago
A visitor from Medan viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 53 mins ago