Translate

28 March 2025

Pemandu bas ekspres ditahan positif pil kuda



Pemandu bas ekspres ditahan positif pil kuda

Bernama

28/03/2025


Zamri (tengah) bercakap kepada media dalam Operasi Khas Motosikal Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 (OPS HRA 2025) di Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu, malam tadi. --fotoBERNAMA


KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu bas ekspres ditahan kerana dipercayai positif dadah jenis Methapetamine atau pil kuda dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu Zamri Samion berkata lelaki berusia 30 tahun itu, ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas gagal saringan air kencing kira-kira 9.45 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas utama yang berasal dari Kuala Terengganu itu, sepatutnya membawa bas ekspres ke Pasir Gudang, Johor.

"Kita telah mengarahkan pihak syarikat mengambil tindakan segera dengan menukar pemandu bas utama itu dengan pemandu gantian, bagi memastikan penumpang sampai dalam keadaan selamat.

"JPJ sangat memandang serius isu penggunaan dadah ketika memandu bas ekspres yang sangat merisikokan keselamatan dan nyawa penumpang. Dalam hal ini kita akan melakukan pemeriksaan serta semakan ke atas pemandu dan syarikat dengan sangat intensif," katanya pada Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025, di sini malam tadi.

Sementara itu, Zamri berkata 940 saman telah dikeluarkan sepanjang Ops HRA bermula 24 Mac hingga semalam.

Beliau berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 5,544 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lori.

"Dalam operasi itu juga JPJ Terengganu telah mengeluarkan 603 lain-lain notis dengan lapan kenderaan disita," katanya.

Zamri berkata 20 kawasan kerap berlaku kemalangan juga dikenal pasti di seluruh Terengganu.

Ia termasuk dua lokasi di Kuala Terengganu, Marang (empat), Dungun (tiga), Kemaman (dua), Hulu Terengganu (empat), Setiu (tiga) dan Besut (dua).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 hrs 15 mins ago