Translate

07 March 2025

Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin



Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang tanpa izin

Bernama

06/03/2025


Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 80 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan, Selangor malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor Khairul Aminus Kamaruddin berkata mereka terdiri daripada lima lelaki dan 75 wanita berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun dan merupakan warga Bangladesh, Laos, Thailand serta Vietnam.

"Mereka dipercayai bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan itu dan semasa soal siasat, ada yang cuba menyamar sebagai teman wanita kepada pengunjung pusat hiburan warga tempatan, namun taktik itu tidak berhasil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Op Gegar bermula 10.30 malam itu dilaksanakan selepas risikan dilakukan selama dua minggu susulan aduan orang ramai mengenai kehadiran pendatang tanpa izin di kawasan berkenaan.

Kesemuanya dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut mengikut Seksen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelab' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Tiba Di Ibu Pejabat SPRM Untuk Sambun' 46 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langga' 48 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'A Great Place Where You' 1 hr 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - M' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Malaysia Full Cabinet List 2016 | BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former Harrods owner accused of s*xual assault by ' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 1 hr 55 mins ago