Translate

28 March 2025

Doktor wanita Hospital Shah Alam maut dalam perjalanan pulang beraya ke Kelantan



Doktor wanita Hospital Shah Alam maut dalam perjalanan pulang beraya ke Kelantan

Bernama

28/03/2025


Mangsa Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, bertugas sebagai pegawai perubatan (doktor) di Hospital Shah Alam. - Sinar Harian


KUALA BERANG: Seorang wanita maut manakala lima lagi anggota keluarganya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 416.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Telemong, awal pagi tadi.

Seorang wanita, Noor Shirlyna Irma Ngah, maut manakala lima anggota keluarganya cedera dalam kemalangan antara lori telur dan MPV di LPT2.

Kemalangan berlaku apabila MPV yang dipandu suami mangsa melanggar belakang lori telur secara tiba-tiba, menyebabkan kenderaan berpusing.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memandu ketika musim perayaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, yang bertugas sebagai pegawai perubatan (doktor) di Hospital Shah Alam.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.50 pagi tadi, yang memaklumkan berlaku satu kemalangan antara lori telur dan sebuah kenderaan serba guna (MPV) jenis Nissan Serena di LPT2 kira-kira 4.30 pagi.

Sharudin berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa yang dalam perjalanan dari Shah Alam untuk pulang beraya ke Kelantan, melanggar belakang lori telur yang datang dari arah Melaka ke Tanah Merah, Kelantan secara tiba-tiba.

"Rempuhan tersebut menyebabkan MPV dinaiki mangsa bersama suami serta empat anaknya yang berusia antara enam hingga 17 tahun berpusing-pusing.

"Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pemandu dan penumpang lain dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.

Bagaimanapun Sharudin berkata pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Susulan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memandu ketika musim perayaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '215,172 majikan ditawarkan diskaun FCLB sempena pe' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerani rugi RM685,000 ditipu sindiket pelaburan da' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Peniaga rugi RM150,000 terperdaya pelaburan ternak' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Muhammad Kamil sahkan hantar pencal' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru dua lelaki curi BMW R1300GS | BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Campeche viewed 'Kuala Lumpur akan diletakkan antara bandar peneraj' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Fong Chee Khuen dipecat daripada jawatan CEO HHRG ' 1 hr 23 mins ago