Translate

31 January 2025

Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah



Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah

Bernama

31/01/2025


Kereta Proton Saga dipandu mangsa bertembung dengan trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, awal pagi ini. Gambar kecil: Manisya Azlin. - Foto Sinar Harian


ALOR GAJAH: Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan lori tentera dalam kemalangan di Kem 96 Pangkalan Peluru, Masjid Tanah di sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata dalam kejadian pada 2.24 pagi itu, kereta dipandu mangsa Manisya Azlin Ishak, 25, dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.

"Akibat perlanggaran tersebut, mangsa yang bekerja sebagai operator pusat panggilan syarikat telekomunikasi itu tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azrul berkata pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah membantu mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu lori tentera yang patah tangan telah dihantar ke hospital untuk dirawat manakala empat anggota tentera lain yang berada dalam lori itu tidak mengalami kecederaan.

Katanya kenderaan yang terlibat dalam nahas itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan teknikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Inquiry inquiry papers opened against police extor' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Butterworth viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 40 mins ago