Translate

29 January 2025

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan



PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan

Bernama

28/01/2025


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut , menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara. - Foto FB Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut, menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

"Dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni Tahun Baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.

"Lantas, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan (sistem) yang MADANI, yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 28 mins ago