Translate

30 January 2025

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri



Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri

Bernama

30/01/2025


Hussein Omar Khan (foto) berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis telah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan isteri kepada seorang pelawak.

Polis menahan sepasang suami isteri di Salak Tinggi, Sepang, bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran bantuan menukar seksyen hukuman di mahkamah yang melibatkan isteri seorang pelawak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Kajang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mangsa, seorang wanita berusia 33 tahun, membuat bayaran RM95,180 kepada suspek tetapi gagal mendapatkan bantuan yang dijanjikan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

"Permohonan reman akan dibuat hari ini di Mahkamah Kajang bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini tiga individu termasuk isteri kepada pelawak berkenaan telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun berhubung dakwaan kes penipuan bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan suaminya.

Hussein dilapor berkata mangsa berjumpa dengan seorang wanita berusia 28 tahun pada Disember tahun lepas bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi suaminya dan ditawarkan bantuan untuk menurunkan seksyen kesalahan di mahkamah.

Mangsa kemudian membuat bayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank, namun gagal mendapatkan bantuan yang dijanjikan suspek.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sister of Vivy Yusof, Intan Safina Yusof charged w' 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sanggup bergelap, berpanas takut dicekup imigresen' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki Maut Terkena Tembakan Di Kepala | BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit diunjur diniagakan antara RM4.37 dan RM4.3' 30 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 41 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 54 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 55 mins ago