Translate

30 January 2025

Jari kaki Guan Eng terkehel tersepak bucu katil



Jari kaki Guan Eng terkehel tersepak bucu katil

Buletin TV3

30 Januari 2025

Guan Eng mendapat rawatan di Hospital Island Penang. Imej imbasan X-ray jari kaki yang dikongsi Guan Eng di Facebooknya (kanan).


GEORGETOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng selamat menjalani prosedur rawatan di Hospital Penang Island, di sini, hari ini selepas mengalami kecederaan pada jari kakinya akibat tersepak hujung katil, pagi tadi.

Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerusi hantaran di laman Fecebook berkata, jari kaki keempatnya terkehel daripada kedudukan asal akibat insiden itu.

“Selesai menjalani prosedur ‘local anaesthetic’ (bius setempat) untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang terkehel (dislocated) susulan terlanggar di hujung katil pagi tadi.

“Syukur kepada Tuhan kerana keluarga saya menggesa supaya saya mendapatkan rawatan segera,” tulisnya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Guan Eng turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan beliau terbaring di katil hospital serta imbasan X-ray jari kakinya yang tercedera dalam hantaran berkenaan.

Beliau juga berterima kasih kepada Pakar Ortopedik Hospital Penang Island, Datuk Dr Oh Kim Soon yang sudi merawatnya meskipun ketika sedang bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Setakat ini, hantaran ahli politik berusia 63 tahun itu menerima lebih 8,700 reaksi, lebih 2,000 komen dan dikongsi lebih 109 pelayar Facebook yang rata-ratanya mendoakan agar beliau cepat sembuh.

Mereka termasuklah Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Ramkarpal Singh.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 41 mins ago