Translate

29 January 2025

Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung



Harga runcit RON95 dan RON97 kekal, diesel naik lima sen di Semenanjung

Bernama

29/01/2025


Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter.- Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter daripada RM3.13 kepada RM3.18 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Jan hingga 5 Feb.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan RON97 kekal pada RM3.43 seliter.




"Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter. Harga itu masih rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini," menurut kementerian itu.

MOF memaklumkan harga berkenaan ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu menjelaskan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak, serta menyokong kestabilan harga.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 5 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Inquiry inquiry papers opened against police extor' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Butterworth viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 2 hrs 7 mins ago