Translate

03 January 2025

PM Thailand Paetongtarn isytihar aset bernilai 13.9 bilion baht



PM Thailand Paetongtarn isytihar aset bernilai 13.9 bilion baht

Bernama

03/01/2025


Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan suaminya dilaporkan memiliki kekayaan bersama berjumlah 13.9 bilion baht (100 baht = RM13.05) serta hutang sebanyak 4.4 bilion baht. - Gambar fail/REUTERS


BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan suaminya dilaporkan memiliki kekayaan bersama berjumlah 13.9 bilion baht (100 baht = RM13.05) serta hutang sebanyak 4.4 bilion baht, menurut pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC).

Akhbar harian Inggeris terkemuka Thailand, Bangkok Post melaporkan di platform dalam talian pada Jumaat yang pendedahan aset dan liabiliti oleh NACC, susulan pelantikan Paetongtarn sebagai Perdana Menteri ke-31 pada 6 Sept tahun lalu, termasuk dua rumah di London dan dua lot tanah di wilayah Hokkaido, Jepun.

Menurut laporan itu, aset pasangan tersebut berjumlah 13.99 bilion baht dengan nilai aset Paetongtarn sebanyak 13.84 bilion baht dan aset suaminya Pitaka Suksawat, bernilai 141.11 juta baht. Anak-anak mereka memiliki aset bernilai 500,000 baht.

Sementara itu, jumlah hutang pasangan tersebut adalah 4.44 bilion baht.

Pendedahan itu turut menunjukkan yang Paetongtarn melaporkan pendapatan tahunan sebanyak 265 juta baht, termasuk gaji sebanyak 3.40 juta baht, dividen 259.26 juta baht, faedah 2 juta baht dan sewa 890,000 baht.

Laporan itu juga menyenaraikan pegangan hartanah beliau, termasuk 12 lot tanah dengan tiga di wilayah Pathum Thani bernilai 9.9 juta baht dan dua lot di Hokkaido yang dibeli pada 15 Dis 2019 dengan harga 15 juta baht setiap satu.

Beliau turut memiliki dua hartanah sewa di London, satu bernilai 111.61 juta baht dan satu lagi 208.34 juta baht serta lima unit kondominium di Bangkok, dua rumah di Nonthaburi dan Bangkok serta bangunan komersial di Phetchaburi.

Pada usia 38 tahun, Paetongtarn merupakan perdana menteri termuda Thailand. Beliau adalah anak bongsu kepada Thaksin dan anak saudara kepada bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

-- BERNAMA

Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish



Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis konsert Pinkfish

Astro Awani

03/01/2025


Hussein Omar Khan (kanan) pada sidang media di IPK Selangor, pada Jumaat, 3 Jan 2025. -Astro AWANI/Shahir Omar


SHAH ALAM: Polis mengesan wujudnya aktiviti penjualan dadah jenis pil ekstasi serendah RM50 di dalam dan luar premis berlangsungnya konsert Pinkfish sempena sambutan ambang tahun baharu di Bandar Sunway, di sini, pada 31 Disember lalu.

Polis mengesan aktiviti penjualan dadah jenis pil ekstasi serendah RM50 di dalam dan luar premis konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu.

Siasatan mendapati kesemua mangsa membeli dan menggunakan pil ekstasi dalam konsert tersebut, dan ada di antara mereka yang juga minum alkohol. Polis sedang menunggu laporan bedah siasat dan ujian toksikologi.

Polis telah merakam enam percakapan saksi dan akan memanggil beberapa pihak lagi untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.

Empat individu meninggal dunia selepas menghadiri konsert tersebut, manakala tiga lagi mangsa dirawat di hospital.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat dalam aktiviti itu.

"Daripada siasatan kami mendapati kesemua mangsa ini ada membeli dan menggunakan pil ekstasi dalam konsert tersebut.

"Hasil siasatan mendapati ada di antara mereka yang juga minum alkohol, jadi kita masih menunggu laporan bedah siasat dan ujian toksikologi.

"Ada di antara yang dapat dari luar (premis), ada di antara mereka yang beli dari dalam premis tersebut.

"Jadi Kita tidak menafikan ada individu yang berlegar di situ (sekitar premis konsert) dan menjual pil ekstasi dengan harga RM50 bagi satu pil.

"Kebiasaannya, mereka menjual secara pakej iaitu tiga pil RM100," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, orang ramai mula ke lokasi konsert pada jam 4.30 petang dan kes pertama dilaporkan kira-kira jam 11 malam sehingga jam 3 pagi.

Setakat Jumaat, katanya, enam percakapan saksi telah dirakam, selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan, termasuk penganjur konsert dan rakan mangsa.

Media sebelum ini melaporkan empat individu meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, di sini.

Selain empat mangsa maut, terdapat tiga lagi mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), namun salah seorang daripadanya telah dibenarkan pulang.

PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib - Anwar



PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib - Anwar

Bernama

03/01/2025


Anwar berkata, PH tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti menyokong Najib. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada Isnin ini di Istana Kehakiman Putrajaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan Harapan tidak terlibat," kata Pengerusi PH itu secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas lawatan dan makan tengah hari di pusat penjaja Lestari Niaga MADANI @ Wirawati di Kampung Pandan, di sini hari ini.

Himpunan terbabit dilaporkan sebagai bentuk sokongan daripada ahli UMNO terhadap Najib yang juga bekas presiden parti itu. Surat arahan daripada PAS turut tular yang menggalakkan ahli parti itu menyertai himpunan berkenaan.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Jan ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO, Anwar menganggapnya perkara biasa dan tiada masalah dengan penyataan itu.

Lim sebelum ini dilaporkan mengingatkan kepada UMNO bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS termasuk dalam himpunan itu akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

-- BERNAMA

Cybertruck driver injured in head before explosion - US authorities



Cybertruck driver injured in head before explosion - US authorities

03/01/2025


Matthew Livelsberger's autopsy documents were found inside the Tesla Cybertruck involved in the explosion outside the Trump Hotel in Las Vegas. - Image/ AP


WASHINGTON: The driver of a Tesla Cybertruck was confirmed to have been shot in the head before the vehicle exploded outside Trump's hotel in Las Vegas, killing one and injuring seven others, according to authorities.

Clark County Sheriff Kevin McMahill identified the driver as Matthew Livelsberger in a news conference, Anadolu Agency reported.

"I consider it a suicide because of the explosion that occurred shortly afterwards. I don't give any other labels. "We have not found any indication that other individuals may be involved in this case," he said.

McMahill also commented on reports of possible links between the Las Vegas suspect and the suspect in the New Orleans attack at the beginning of the New Year, noting that both had served at the Fort Bragg, North Carolina, military base.

However, it is a very large military base and there is no record showing them serving in the same unit or in the same year at Fort Bragg, he said, adding that the matter was still under investigation.

Both suspects were also sent to Afghanistan in 2009, but there is no evidence they were in the same territory, location or unit during the deployment.

"We also know, of course, that both use the rental company, Turo to rent their vehicles," he said.

Meanwhile, the Federal Bureau of Investigation (FBI) said there was no "definite link" between the deadly attack in New Orleans and the vehicle explosion outside Trump's hotel in Las Vegas.

In an attack in the French Quarter in New Orleans, the driver of a pickup truck rammed into a crowd on Bourbon Street, killing at least 15 people and injuring more than 30 others.

The suspect identified as Shamsud-Din Jabbar, 42, is from Texas.

"There are five videos uploaded on Jabbar's Facebook account... In the first video, Jabbar explained that he originally planned to harm his family and friends, but was worried that the headlines would not focus on 'the war between the faithful and the infidels.'

"In addition, he stated that he had joined ISIS before this summer," FBI Deputy Assistant Director Christopher Raia said.

Raia called the attack an "act of violence."

"It was planned and an evil act," he added.

Three mobile phones linked to Jabbar were found and "the exploitation of digital media is a priority to see what is in the device and determine if there are any further clues".

He said the FBI had also recovered two laptops and was currently reviewing them for other leads.

McMahill touched on the "very strange similarities" between the two events: "We are not ready to draw any conclusions at this point; There is still a lot we need to do in the investigation."

FBI Special Agent Spencer Evans said authorities were still investigating the motive behind the explosion in Las Vegas.

Selisih faham, 'overdose' dadah antara elemen siasatan kes bunuh Xin Yuan



Selisih faham, 'overdose' dadah antara elemen siasatan kes bunuh Xin Yuan

Astro Awani

03/01/2025


Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih lagi menunggu laporan dan keputusan toksikologi bagi mengukuhkan motif dalam kes tersebut. - Foto/ Astro AWANI


SHAH ALAM: Perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan adalah antara elemen siasatan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15, yang mayatnya ditemukan di Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, Banting Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih lagi menunggu laporan bedah siasat dan keputusan toksikologi bagi mengukuhkan motif dalam kes tersebut.

"Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bedah siasat), kita tidak boleh kata mengambil dadah atau overdose. Motif buat masa ini, kita nampak melibatkan teman lelaki sama ada melibatkan perselisihan faham atau melibatkan dadah.







"Keadaan mayat yang reput menyukarkan pasukan patalogi untuk mengenal pasti kecederaan fizikal," kataya pada media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Jumaat.

Hussein memberitahu, berdasarkan siasatan awal, teman lelaki mangsa merupakan suspek utama dalam pembunuhan itu dan dua ahli keluarga suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek berusia 16, 20, dan 51, termasuk teman lelaki mangsa, didapati negatif.

Media melaporkan mayat Xin Yuan yang dilapor hilang sejak 19 Disember lalu, ditemui dalam keadaan reput di perangkap sampah Kampung RTB Sungai Changgang, Bangi pada 28 Disember lalu.

Xin Yuan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, 19 Disember lalu dengan polis menerima laporan kehilangan dibuat oleh keluarga mangsa pada pukul 2.15 pagi, sehari selepas kejadian.

Remaja tersebut tidak pulang ke rumah selepas latihan dan sebaliknya dikatakan mengikuti rakannya ke satu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta



Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta

Astro Awani

03/01/2025


Hussein Omar Khan berkata, penangguhan permit itu berkuat kuasa serta-merta. -Foto Astro AWANI


SHAH ALAM: Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu yang berakhir dengan kematian empat pengunjung.

Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway yang menyebabkan kematian empat pengunjung.

Konsert yang sudah diluluskan permit perlu memastikan tiada elemen terlarang seperti dadah dan alkohol dibawa masuk, serta kapasiti pengunjung terkawal.

Siasatan awal mendapati terdapat aktiviti penjualan pil ekstasi di dalam dan luar konsert tersebut, dan polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangguhan permit itu berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, kata beliau, konsert-konsert yang sudah diluluskan permit sebelum ini, penganjur perlu meyakinkan polis bahawa tiada elemen terlarang seperti dadah dan alkohol dibawa masuk, selain kapasiti pengunjung yang terkawal.

"Di masa hadapan dalam sebarang anjuran konsert, semua pihak penganjur perlu beri keyakinan bahawa mereka boleh mengawal sebarang kemasukan dadah dalam mana-mana konsert.

"Sekiranya elemen ini gagal dipatuhi, kita tidak boleh benarkan sebarang konsert dilakukan yang boleh menyebabkan berakhir dengan kematian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, jumlah kehadiran di konsert Pinkfish dianggarkan 16,000 termasuk 2,000 daripada adalah petugas konsert itu.

Jelasnya, pihak polis perlu melihat penganjuran apa sahaja konsert di masa depan, sekiranya dibenarkan perlu mematuhi jumlah peserta mengikut keluasan tempat, kedua dari segi keselamatan dan ketiga pengudaraan.

Sementara itu, beliau memberitahu, berdasarkan siasatan awal, polis mengesan terdapat aktiviti penjualan pil ekstasi di dalam dan luar konsert terbabit.

Sehubungan itu, polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat giat dilakukan.

Sebelum ini, empat warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun meninggal dunia semasa menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya, 31 Disember lalu.

Berdasarkan siasatan awal, kesemua tujuh mangsa yang menerima rawatan termasuk empat daripada yang meninggal dunia dipercayai mengambil pil ekstasi.

Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000



Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000

Bernama

03/01/2025


Baby Shima adalah antara artis jemputan yang membuat persembahan pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Sarawak. - Gambar/ IG babyshimaofficial


SIBU: Seorang pemandu lori berusia 32 tahun didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu selepas mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah terhadap penyanyi Nor Ashimah Ramli, yang juga dikenali sebagai Baby Shima.

Mel Maxpherson Munded dari Kampung Bratan, Jalan Borneo Heights, Kuching didakwa melakukan kesalahan itu dengan mengugut untuk membunuhnya, dengan niat mencemaskan penyanyi itu, di lobi Hotel Kingwood di sini kira-kira pukul 11 malam pada 30 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman Majistret Oon Kork Chern bertanya sama ada pemandu lori itu sedar bahawa dia telah melakukan ugutan jenayah, dan dia memberitahu tidak sedar mengenainya kerana berada di bawah pengaruh alkohol ketika itu.

Dalam mitigasinya Mel Maxpherson memohon hukuman ringan kerana dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, selain perlu menjaga ibunya, di samping ini merupakan kesalahannya yang pertama.

Pegawai Pendakwa ASP Siti Mariyah Dahari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada pemandu lori itu dan orang ramai.

Berdasarkan fakta kes pada masa kejadian Baby Shima dimaklumkan oleh pengurusnya bahawa terdapat komen berbentuk ugutan daripada seorang pengguna Facebook.

Pengguna Facebook dengan akaun bernama Mel Maxpherson Munded membuat komen "Lagi U Masuk Sarawak!! Hati-Hati Your Enemy M U Sudah. Jangan pulang Melaya Dengan Mayat Saja!! Take care Baby Shima."

Baby Shima kemudian membuat laporan di Balai Polis Sibu tengah malam Isnin, dengan diiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Susulan laporan itu polis menahan suspek di Kota Sentosa pada malam berikutnya.

Baby Shima adalah antara artis jemputan yang membuat persembahan pada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim di Sibu Jaya.

-- BERNAMA

Polis tahan lelaki, rampas syabu, heroin bernilai RM204,000



Polis tahan lelaki, rampas syabu, heroin bernilai RM204,000

Bernama

03/01/2025


Penganggur berusia 39 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya pada 4.15 pagi selepas polis bertindak atas hasil maklumat dan risikan. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki disyaki ahli sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu serta heroin bernilai RM204,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata penganggur berusia 39 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya pada 4.15 pagi selepas polis bertindak atas hasil maklumat dan risikan.

"Hasil pemeriksaan terhadap motosikal dipercayai milik lelaki itu menemukan satu beg plastik berisi lima bungkusan mengandungi syabu dianggar seberat 6.1 kilogram dan sebungkus heroin seberat 900 gram," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mempercayai sindiket itu aktif dengan kegiatan itu sejak September tahun lepas dengan menjadikan kawasan sekitar Pulau Pinang sebagai pasaran utama.

Sindiket itu, katanya dipercayai memperoleh bekalan syabu dan heroin daripada rangkaian pengedaran dadah sebelum membungkusnya semula.

Hamzah berkata dadah dirampas boleh digunakan 35,000 penagih atau 35,000 kali penggunaan.

"Saringan air kencing mendapati lelaki itu positif terhadap dadah jenis amphetamine, methamphetamine, dan tetrahydrocannabinol (THC). Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

Beliau berkata lelaki itu direman hingga 9 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly



KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly

Bernama

03/01/2025


Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto BERNAMA


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM akan melancarkan kempen mengurangkan pengambilan garam untuk menangani penyakit kronik dan kematian pramatang.

Kempen ini berpotensi menjimatkan kos penjagaan kesihatan dan mempromosikan gaya hidup sihat.

WHO menekankan pengurangan garam sebagai cara berkesan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular dan kematian.

Beliau berkata pengurangan pengambilan garam penting kerana ia dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik yang membawa kepada kematian pramatang di negara ini.

"Ia adalah pelaburan yang baik, dengan RM1 yang dibelanjakan (untuk memerangi pengambilan garam) dianggarkan ia dapat menjimatkan kira-kira RM60 (untuk sistem penjagaan kesihatan).

"Pada masa ini kami masih merancang dan Bahagian Nutrisi serta Bahagian Kesihatan Awam akan bekerjasama dalam memastikan bagaimana kita hendak memerangi pengambilan garam," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan mandat tahun baharu kepada kakitangan KKM di sini hari ini.

Dzulkefly berkata inisiatif itu merupakan kesinambungan terhadap kempen kementerian sebelum yang mengisytiharkan perang terhadap gula dan rokok bagi mempromosikan gaya hidup lebih sihat kepada masyarakat.

Menurut laporan global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada 2023, jumlah kematian terbesar yang berkait dengan diet, iaitu dianggarkan 1.89 juta setiap tahun dikaitkan dengan pengambilan sodium berlebihan atau lebih dikenali sebagai garam.

Laporan tersebut menekankan mengurangkan pengambilan sodium adalah salah satu cara paling berkesan dari segi kos untuk meningkatkan kesihatan dan mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit, kerana ia dapat mengelakkan sejumlah besar kejadian dan kematian berkaitan penyakit kardiovaskular.

-- BERNAMA

JAWI selesai siasat isu zikir pelik di tanah perkuburan Setapak



JAWI selesai siasat isu zikir pelik di tanah perkuburan Setapak

Bernama

03/01/2025


JAWI telah selesai menjalankan siasatan berkaitan isu zikir di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa. -Gambar fail/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah selesai menjalankan siasatan berkaitan isu zikir oleh sekumpulan individu di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak yang berlaku baru-baru seperti diarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah selesai menjalankan siasatan berkaitan isu zikir di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Setapak, dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa.

JAWI telah mengambil keterangan pengadu, menemu bual waris serta pelaku yang terlibat, dan memanjangkan isu ini kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan dari aspek hukum syarak.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan, menasihati masyarakat Islam supaya tidak melakukan amalan yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat.

Pengarah JAWI Hanifuddin Roslan berkata pihaknya telah mengambil keterangan pengadu dan menemu bual waris serta pelaku yang terlibat.

"JAWI juga telah memanjangkan isu ini kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan dari aspek hukum syarak. Pihak JAWI akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanifuddin turut menasihati masyarakat Islam di negara ini supaya tidak melakukan amalan yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat.

Pada 28 Dis, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak di sini hingga mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

Pada hari sama, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira 10.05 pagi 27 Dis.

-- BERNAMA

Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa



Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa

Bernama

03/01/2025


Tiga ahli 'Geng Atan' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri, bulan lepas. - Gambar Bernama


JOHOR BAHRU: Tiga ahli 'Geng Atan' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri, bulan lepas.

Mah Mun Fei, 46; Liew Siong Khan, 42, dan Teo Kiam Hong, 48, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa dengan niat ingin mencuri harta milik seorang lelaki iaitu satu unit televisyen di sebuah rumah di Jalan Mutiara Emas 2/17, Taman Mount Austin di sini, pada 8.20 malam, 11 Dis lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, ketiga-tiga mereka turut berdepan pertuduhan lain secara berasingan.

Mah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima atau menyimpan harta curi iaitu satu keping kad pengenalan atas nama seorang wanita, iaitu tertuduh ada sebab untuk mempercayai bahawa harta itu adalah harta curi di tempat, tarikh dan masa sama dan seksyen serupa dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 Feb ini.

Liew pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melupuskan harta curi iaitu dua cincin emas, seutas rantai emas dan satu loket batu emas milik seorang wanita di sebuah kedai emas dekat Jalan Kota Tinggi - Jalan Pandan di sini, kira-kira 4 petang, 14 Dis 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Teo mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan membabitkan kesalahan memiliki, menyimpan, mencuri dan melupuskan harta curi.

Teo didakwa menerima atau menyimpan harta curi iaitu satu cincin dan dua gelang tangan berwarna kuning keemasan milik seorang lelaki serta memiliki nombor pendaftaran kenderaan lain.

Dia juga menghadapi pertuduhan menyimpan harta curi iaitu kenderaan jenis Honda H-RV milik seorang wanita; dengan sengaja melupuskan harta curi iaitu sebuah peti besi milik seorang wanita dan menyimpan sebuah beg jerut serta beberapa alat permainan video milik seorang lelaki, iaitu tertuduh mengetahui semua harta itu adalah harta curi.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Bandar Baru Permas Jaya, Taman Mount Austin dan Jalan Harmonium 27, di sini, pada 12.30 tengah hari 12 Nov 2019 dan antara 8.20 malam 11 Dis hingga 3.45 petang, 15 Dis tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman dan Siti Aishah Latif mengikut Seksyen 411 dan Seksyen 414 Kanun Keseksaan serta Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Mahkamah menetapkan 14 Feb ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam dan kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin masing-masing dengan Mah berjumlah RM7,000; Liew (RM8,000) dan Teo (RM25,000).

Sementara itu, di dua Mahkamah Sesyen, ketiga-tiga tertuduh masing-masing mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memberikan kepada diri mereka dadah jenis amphetamine serta methamphetamine.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan sebat sehingga tiga kali, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail dan Hakim Hazeelia Muhammad tidak membenarkan jaminan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi pada 4 dan 7 Feb. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lydia Salleh, Nurul Syafiqah Sha'ari dan Siti Fatimah Mamu.

-- BERNAMA

Lelaki mengamuk guna senjata, lima individu cedera



Lelaki mengamuk guna senjata, lima individu cedera

Bernama

03/01/2025


Mangsa yang berusia antara 34 hingga 63 tahun dirawat di Hospital Dutchess of Kent dan berada dalam keadaan stabil. - Gambar/ Media sosial


SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dengan bersenjatakan parang dan tukul sehingga mencederakan dua lelaki serta tiga wanita di sebuah restoran di Batu 3 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata lelaki berusia 29 tahun itu membawa parang dan tukul ke kedai makan sebelum mengamuk dan mencederakan mangsa yang berada di lokasi kejadian pada 9.11 pagi.

"Polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya mententeramkan keadaan dan menahan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang berusia antara 34 hingga 63 tahun dirawat di Hospital Dutchess of Kent dan berada dalam keadaan stabil.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya.

-- BERNAMA

JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid



JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid

Bernama

03/01/2025


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan ucapan pada perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP di Kompleks Akademik Taman Batu Muda, Batu Caves hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian seorang lelaki kurang siuman menggangu jemaah di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Rabu lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pihaknya telah mengarahkan JAWI untuk menjalankan siasatan rapi memandangkan masjid itu terletak di bawah bidang kuasa pengawasan jabatan berkenaan.

"Saya telah meminta Pengarah JAWI yang baharu Hanifuddin Roslan untuk membuat siasatan terperinci termasuk menilai semula aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian untuk ditambah baik," katanya.

Mohd Na'im berkata demikian kepada penberita semasa ditemui di Majlis Perasmian Kompleks Akademik Kolej Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP-UCMI) di sini hari ini.

Semalam Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan suspek membuat kekecohan termasuk merosakkan televisyen di masjid itu, mengalami masalah mental sejak April 2022.

Sementara itu Mohd Na'im meminta umat Islam menghormati ketetapan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light dan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat dan menyeleweng.

"MKI adalah badan tertinggi dengan ahli jawatankuasa MKI terdiri daripada mufti-mufti negeri yang bertauliah serta mempunyai kepakaran daripada sudut akidah. Jadi saya harap keputusan yang dibuat itu difahami oleh rakyat dan kemudian diikuti atas dasar ketaatan kepada pemimpin," katanya.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa MKI Datuk Dr Nooh Gadut menerusi kenyataan memaklumkan MKI memutuskan dua ajaran tersebut sebagai sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Antara ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light yang bercanggah dengan agama Islam adalah pengikutnya mempercayai Muhammad bin al-Hassan al-Askari (imam syiah yang ke-12) sebagai Imam al-Mahdi dan beliau kini dikatakan sedang bersembunyi dan akan muncul pada akhir zaman.

Manakala bagi ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem, Nooh berkata antara ciri penyelewengan ajaran itu adalah mendakwa Allah SWT harus mempunyai anak dan Allah SWT seolah-olah mempunyai sifat dan jisim sama seperti makhluk.

-- BERNAMA

APMM selamatkan harta bernilai lebih RM1.5 bilion sepanjang 2024



APMM selamatkan harta bernilai lebih RM1.5 bilion sepanjang 2024

Bernama

03/01/2025


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata nilai itu mewakili 218 kes insiden di laut dan melibatkan 1,256 mangsa. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencatatkan lebih RM1.5 bilion bagi jumlah nilai harta yang diselamatkan dalam operasi menyelamat maritim sepanjang tahun lepas.

Dalam satu hantaran dimuat naik di Facebook, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata nilai itu mewakili 218 kes insiden di laut dan melibatkan 1,256 mangsa.

"Seramai 1,168 orang berjaya diselamatkan manakala 62 mangsa meninggal dunia dan 26 lagi hilang," katanya hari ini.

Sementara itu, APMM juga telah mencatatkan lebih RM91 juta bagi jumlah keseluruhan nilai tangkapan dan rampasan dalam operasi maritim yang dilaksanakan bagi tempoh sama.

Saifuddin Nasution berkata sebanyak 50,783 penggeledahan telah dijalankan dan 1,271 tangkapan dibuat.

Jumlah berkenaan merangkumi tangkapan dan rampasan nelayan asing (RM85 juta), diesel (RM1.3 juta), dadah (RM983,500), barangan terkawal (RM660,401), petrol (RM215,277), ketum (RM129,000), rokok (RM16,520) dan tangkapan serta rampasan lain-lain bernilai lebih RM2.6 juta.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus menjadi benteng utama dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

"Kerajaan memberi jaminan bahawa usaha memperkukuh keselamatan sempadan laut akan terus dipertingkatkan demi kedaulatan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles



Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles

Bernama

03/01/2025


Dalam imej yang diambil daripada video ini, satu bukaan besar kelihatan di sebuah bangunan komersial selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbungnya, dalam kejadian di Fullerton, California, 2 Jan 2025. (Foto AP)


LOS ANGELES: Dua orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton pada Khamis, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.

Nahas mencetuskan kebakaran besar dan memaksa perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.

Rakaman video daripada saluran berita tempatan KABC menunjukkan asap putih keluar dari bahagian atas sebuah bangunan yang dikelilingi kawasan perumahan serta gudang komersial.

Setakat ini, jenis pesawat yang terlibat belum dapat dikenal pasti, kata Wells.

-- BERNAMA

'Minta ampun, saya janji tak buat lagi'

 







Lelaki maut terkena renjatan elektrik sambungan haram



Lelaki maut terkena renjatan elektrik sambungan haram

Bernama

03/01/2025


Mangsa terkena renjatan elektrik ketika menangkap ketam di Kampung Likas, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian


KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang disambung secara haram di Lorong Kuala Neutron Kampung Likas semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan melalui MERS diterima pada 10.45 malam dan menggerakkan 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lintas.

"Mangsa bersendirian telah pergi ke kawasan paya bakau untuk mencari ketam sebelum terkena renjatan elektrik," menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba terpaksa menunggu Sabah Electricity untuk membuat pemotongan bekalan elektrik sebelum dapat mengangkat mangsa.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman



BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman

Bernama

03/01/2025


Kenny menyifatkan tuduhan Megat D Shahriman itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.


KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan dakwaan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bahawa badan itu menerima rasuah untuk mencalonkan Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebagai Presiden MPM bagi penggal 2025-2029, bulan lepas.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

"Saya pun tak tahu ada tuduhan seperti itu. Saya pun tak terbaca berita pasal tuduhan itu, tapi sudah pasti tak adalah.

"Kenapa BAM perlu terima rasuah dan saya rasa ini satu tuduhan yang sangat tidak munasabah," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Ahmad Shapawi yang merupakan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) membuat laporan polis terhadap Megat D Shahriman yang mengaitkannya dirinya dengan rasuah menjelang AGM MPM, bulan lepas.

Laporan dibuat bagi membersihkan namanya dengan tuduhan itu yang didakwa mencalarkan imej dan kredibilitinya.

Ahmad Shapawi mendakwa laporan yang dibuat Megat D Shariman terhadapnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehari sebelum mesyuarat berlangsung pada 15 Dis lepas itu sebagai laporan palsu apabila beliau tidak menerima sebarang panggilan rasmi daripada SPRM sehingga kini.

Megat D Shahriman sebelum ini membuat laporan kepada SPRM mendakwa Ahmad Shapawi dan Pengarah Bahagian Paralimpik MSN Mohd Sofian Hamzah memberi rasuah kepada BAM untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Presiden MPM bagi penggal 2025-2029.

Dalam perkembangan lain, Kenny berkata pihaknya tetap akan mengikut peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi kejohanan Terbuka Malaysia 2025 yang akan bermula 7 hingga 12 Jan ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

"Peraturan yang ditetapkan itu ada baik dan ada kelemahannya, sudah pasti. Mungkin selepas ini BWF akan buat semakan setelah mereka lihat beberapa kali dilaksanakan.

"Buat masa ini kita pun nak tengok dulu sama ada betul-betul kelemahan itu akan memberi sebarang impak kepada pemain. Kalau ada, sudah pasti Malaysia antara negara yang akan bersuara," katanya yang gembira apabila kejohanan berprestij Super 1000 itu mendapat sambutan apabila hampir 90 peratus.

Mengikut peraturan baharu BWF, pemain tidak dibenarkan menerima rawatan perubatan semasa permainan dan mesti menunggu sehingga waktu rehat.

-- BERNAMA

Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara









Respon Dr MAZA Terhadap Isu Non Muslim Ceroboh Masjid









Army soldier rented Cybertruck in Denver, drove to Trump's Las Vegas hotel, police say









LELAKI BANGLADESH MASUK BILIK GUEST PEREMPUAN TANPA IZIN DIRAKAM CCTC









BANGLO BERGERAK DARI CHINA, FULL TANK BOLEH JALAN 1,000KM !!!

 







Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan



Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan

Bernama

02/01/2025


Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, kementerian itu memberi jaminan bahawa bantuan konsular telah diberikan kepada individu tersebut dan usaha berterusan dilakukan bagi memastikan perundangan tempatan melindungi haknya.

"Kementerian akan menyelaras rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menangani situasi itu dan komited untuk memberikan sokongan yang sewajarnya selain menegakkan prinsip kerahsiaan dan maruah untuk semua rakyat Malaysia di luar negara.

"Kami menggesa media supaya menghormati privasi individu dan keluarga mereka semasa masa sukar ini. Perkara sebegini sesuatu yang sensitif dan tidak boleh dianggap sebagai peluang untuk spekulasi atau gosip," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sumber memaklumkan seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lepas atas kesalahan memiliki dadah, kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.

Menurut sumber itu hukuman tersebut dijatuhkan ketika perbicaraan pelawak terbabit pada November tahun lepas dan berdasarkan penghakiman, tempoh hukuman itu dijangka selesai April ini.

Difahamkan, pelawak tersebut mungkin dibebaskan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.

Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.

-- BERNAMA

Polis tumpas kegiatan pengedaran, pemprosesan dadah dalam hutan



Polis tumpas kegiatan pengedaran, pemprosesan dadah dalam hutan

Bernama

02/01/2025


Abdul Rozak berkata sebuah motosikal jenis Honda Wave turut disita menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM54,870. - Gambar fail/Bernama


GEORGE TOWN: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir di sini susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan di dalam sebuah tandas dalam hutan tersebut oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang melakukan serbuan kira-kira 5 petang, hasil maklumat dan risikan.

Beliau berkata pihaknya merampas sejumlah dadah jenis heroin berserta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah bernilai RM51,370.

"Dadah tersebut ditemui di dalam sebuah kotak kertas berwarna coklat bertulis 'Luzhou Laojiao Touqu' anggaran berat 5,351 gram bernilai RM51,370," katanya dalam kenyataan malam ini.

Abdul Rozak berkata sebuah motosikal jenis Honda Wave turut disita menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM54,870.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai aktif sejak awal Disember 2024 dan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 26,755 orang.

Suspek katanya positif dadah jenis metamfetamina selain mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 8 Jan depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," kata Abdul Rozak.

-- BERNAMA

MOT to collaborate with MACC on Puspakom investigation



MOT to collaborate with MACC on Puspakom investigation

Bernama

02/01/2025


MOT will collaborate with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate vehicles that fail to meet the standards set by the Computerised Vehicle Inspection Centre (Puspakom). File pic by SHAHIR OMAR/Astro AWANI


PUTRAJAYA: The Transport Ministry (MOT) will collaborate with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate vehicles that fail to meet the standards set by the Computerised Vehicle Inspection Centre (Puspakom).

Its Minister Anthony Loke Siew Fook said the probe would address both integrity issues and the possible existence of syndicates offering unauthorised services, such as approving vehicles that do not comply with the Road Transport Department (RTD) standards.

"We are preparing an inspection report on the investigation and will not hesitate to take stricter actions in collaboration with the MACC.

"There have been discussions in the market about 'runners', cartels, and other means that enable vehicles which fail inspections to be approved. This matter will be thoroughly investigated," he told reporters after opening the new RTD Putrajaya office here today.

Loke added that three Puspakom staff members have been questioned so far, and he did not rule out the possibility of summoning others for questioning if necessary.

Meanwhile, MACC chief commissioner Tan Sri Azam Baki said the RTD is expected to submit a technical report on its probe within two weeks.

"We want RTD to investigate first. Once the investigation is complete, I want all technical reports to be submitted to the MACC.

"From the report, we will review it and may identify angles for investigation under the MACC Act or the Penal Code," he said.

In a related development, Loke said the ministry will soon reveal the companies or entities granted licences to conduct periodic motor vehicle inspections.

He said over 10 companies had applied for licences after the government decided not to extend Puspakom's concession as the sole provider of nationwide periodic motor vehicle inspection services.

The Minister added that the government's concession agreement with Puspakom ended on Aug 31, but the company can still operate as it now holds an operator's licence.

"The difference now is that Puspakom no longer has a monopoly. Previously, it was the only authorised entity to conduct vehicle inspections under the concession. With the concession ending, we have opened the licence application process to other companies.

"New companies have applied, and we are processing the applications. Licences will be issued soon, and I will announce the new operators.

"However, these new operators will need time to establish their facilities. By the end of this year, we expect new operators to enter the market. Their presence will create competition and provide consumers with more options when choosing a vehicle inspection centre," Loke added.

-- BERNAMA

Whole milk and milk fat have no major impact on lipid metabolism: Study



Whole milk and milk fat have no major impact on lipid metabolism: Study

Bernama

02/01/2025


Picture for illustration purposes. File pix from pixabay.com


BEIJING: Long-term consumption of whole milk and milk fat does not significantly increase body weight or blood lipid burdens in mice, a new study by Chinese researchers show, according to Xinhua.

The study, conducted by researchers from a food and nutrition institute under the Ministry of Agriculture and Rural Affairs, Tsinghua University, and the Chinese Academy of Agricultural Sciences (CAAS), was recently published in the journal iMeta.

Milk is a dietary staple for more than 6 billion people globally, making it one of the most widely consumed foods.

According to the study, earlier research suggested that diets high in saturated fats could increase the risk of cardiovascular disease. However, more recent findings indicate that dairy fats may not contribute to this risk, leaving the long-term effects of milk fat consumption on lipid metabolism still unclear.

To explore this further, researchers conducted a seven-week experiment on mice, dividing them into two groups: one group was fed a normal diet, while the other was given a high-fat diet. Both groups received daily doses of either 15 millilitres of whole milk or 0.5 millilitres of milk fat -- an amount equivalent to a human consuming over 2 kilograms of milk or 100 grammes of milk fat daily for five years.

The results showed that neither whole milk nor milk fat significantly affected body weight or blood lipid burdens in the mice, regardless of their diet type.

The study also found that whole milk and milk fat improved gut microbiota diversity and increased the presence of key bacteria and metabolites linked to lipid regulation.

"This research addresses long-standing concerns about whole milk and milk fat," said Wang Jiaqi, a researcher at CAAS. "It also offers valuable insights for the food industry and global nutrition policies, and maximises food resource efficiency."

The findings contribute to understanding the long-term effects of whole milk and milk fat on blood lipid health, Wang added.

-- BERNAMA

Brazil takes over BRICS Presidency, focusing on Global South cooperation



Brazil takes over BRICS Presidency, focusing on Global South cooperation

Bernama

02/01/2025


Brazil assumed the rotating presidency of the BRICS group. The agenda will focus on strengthening cooperation among Global South nations. File pic by BERNAMA


SAO PAULO: Brazil assumed the rotating presidency of the BRICS group (Brazil, Russia, India, China, and South Africa) on Wednesday. The agenda will focus on strengthening cooperation among Global South nations, according to a statement from the Brazilian government, as reported by Xinhua.

It will also focus on reforming international governance, and creating mechanisms to facilitate trade among its members.

"The group is one of the key political and diplomatic forums for Global South countries, focusing on cooperation across various sectors," said the statement.

Its key goals include developing payment systems to simplify trade and investment between members, promoting inclusive and responsible governance of artificial intelligence, and improving financing mechanisms to address climate change.

The agenda also emphasises collaborative projects among Global South countries, particularly in public health, and strengthening the institutional structure of BRICS.

As the host nation until the end of this year, Brazil will also organise and oversee working group meetings, bringing together representatives from member countries to discuss and implement its priorities.

-- BERNAMA

Pesawat Siberian Airlines tergelincir dari landasan, 79 penumpang dalam penerbangan



Pesawat Siberian Airlines tergelincir dari landasan, 79 penumpang dalam penerbangan

Agensi

02/01/2025


Pesawat Airbus A321 tergelincir dari landasan ketika membelok ke arah laluan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Alykel. - Foto/hiasan/FB S7 Airlines


ISTANBUL: Sebuah pesawat Siberian Airlines yang tiba dari Moscow tergelincir dari landasan selepas mendarat di bandar Norilsk, Rusia.

Agensi Anadolu yang memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis melaporkan, pesawat Airbus A321 itu tergelincir dari landasan ketika membelok ke arah laluan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Alykel.

Kenyataan tersebut menambah, terdapat 79 penumpang dalam pesawat berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi siasatan untuk menentukan punca kejadian.

"Sebuah pesawat gantian telah disediakan untuk penerbangan pulang ke Moscow," kata kenyataan itu.

Penerbangan itu dijadualkan berlepas pada jam 3.30 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai korban atau tahap kerosakan pada pesawat.

Selepas hadir konsert di Bandar Sunway: 4 individu maut 2 masih menerima rawatan









WARGA ASING BUAT KECOH DALAM MASJID









Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1



Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1

Bernama

03/01/2025


Keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat meskipun diberikan enam minit masa tambahan. - Facebook ASEAN FOOTBALL


KUALA LUMPUR: Vietnam selangkah untuk merampas semula kejuaraan Piala ASEAN 2024 apabila menundukkan juara bertahan Thailand 2-1 pada aksi final pertama di Stadium Wilayah Phu Tho malam tadi.

Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Babak pertama menyaksikan Vietnam seakan memberi amaran dengan melakukan beberapa percubaan termasuk rembatan Fernandes pada minit kesembilan namun tersasar ke sebelah kanan pintu gol.

Skuad Thailand di bawah kendalian Masatada Ishii hampir membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-22 menerusi Ekanit Panya namun dinafikan penjaga gol Nguyen Trieu sebelum Patrik Gustavsson hampir melakukan penyudah pada minit ke-37 bagaimanapun tersasar ke atas palang gol.

Sementara itu, pasukan kendalian Kim Sang Sik, Vietnam melancar serangan apabila hampir memecah kebuntuan menerusi Fernandes selepas menerima hantaran Pham Manh tetapi gagal menghasilkan penyudah pada minit kecederaan sekali gus kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga babak pertama tamat.

Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah akhirnya membuka jaringan dengan dua gol hasil penyudah bintang kacukan Vietnam-Brazil Fernandes atau nama Vietnamnya Nguyen Xuan Son, masing-masing pada minit ke-59 dan 73 sekali gus meletakkan skuad Golden Dragon di hadapan dengan kedudukan 2-0.

Jaringan itu nyata tidak mematahkan semangat pasukan pelawat untuk merapatkan kedudukan apabila pemain pertahanan Chalermsak Aukkee menanduk bola ke dalam gawang selepas menerima hantaran Suphanat Mueanta pada minit-83.

Keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat meskipun diberikan enam minit masa tambahan.

Thailand bakal menerima kunjungan Vietnam bagi aksi final kedua pada Ahad di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Untuk rekod, Thailand ialah juara bertahan bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada edisi 2020 dan 2022 manakala Vietnam pemenang bagi tahun 2018.

-- BERNAMA




02 January 2025

Lelaki alami gangguan mental ceroboh masjid



Lelaki alami gangguan mental ceroboh masjid

Sinar Harian

02/01/2025


Video tular memaparkan seorang lelaki dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi Rabu.


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi Rabu.

Kejadian yang dipercayai berlaku sebelum solat Subuh itu tular dalam satu rakaman video berdurasi 2 minit 46 saat menerusi laman media sosial Facebook milik seorang individu sejak tengah hari Khamis.

Menurut sumber, lelaki berusia lewat 20-an itu memandu kereta dari kediamannya di Jalan U Thant, di sini sebelum menuju ke masjid berkenaan.

"Pada masa sama, keluarganya yang menaiki sebuah lagi kenderaan lain turut mengekori lelaki itu dari belakang.

"Sebaik tiba di pekarangan masjid, lelaki itu terus meluru masuk dan membuat kecoh ketika semua jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Subuh," katanya.

Berdasarkan rakaman video tersebut, lelaki itu kemudian ditenangkan oleh jemaah masjid dan ahli keluarganya sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis yang tiba di masjid itu.

Dia kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan sebagai seorang pesakit mental.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, dijangka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. - Sinar Harian




MARK ADAM DITUDUH JUAL SATE DENGAN HARGA YANG GILER, 3 CUCUK RM 21.90

 








Mark terkilan dituduh jual sate 'harga Yahudi'

Januari 2, 2025


Jualan Satay Bhalut diusahakan Mark dan isterinya, Norazah di festival makanan di Shah Alam berdepan kritikan apabila dikatakan terlalu mahal. - Foto IG Mark Adam


KUALA LUMPUR: Penyanyi Mark Adam terkilan dengan komen dilemparkan segelintir individu yang menyifatkan harga jualan produk makanannya bersama isteri, Norazah Redzuan iaitu Satay Bhalut sebagai 'harga Yahudi'.

Mark menerusi perkongsian video dalam media sosial berkata, setiap barangan digunakan untuk membuat sate adalah berkualiti tinggi, malah perlu mengambil kira beberapa aspek lain seperti sewaan tapak perniagaan.

"Saya punya sate menggunakan daging premium di mana kami ambil daging dari kilang yang sudah 'established'. Kilang ini juga membekalkan daging sate ke hotel dan restoran terkemuka, bahkan digunakan di restoran milik chef selebriti terkenal.

"Sate jualan saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popia, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran pilih yang termahal, 500 gram RM30 dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung.

"Untuk air, saya guna cawan bersaiz besar dan kuat. Saya letak dengan campuran buah limau. RM3 jadi RM10.50," katanya.


Mark terkilan komen dilemparkan netizen yang menyifatkan harga produk makanannya, Satay Bhalut sebagai ‘harga Yahudi’. - Foto IG Mark Adam


Sebelum ini, jualan Satay Bhalut Mark bersama isteri di satu festival makanan di Shah Alam berdepan kritikan apabila dikatakan terlalu mahal untuk satu set menawarkan tiga cucuk sate berserta air.

Untuk set sate ayam berharga RM19.90, set daging (RM21.90) dan set kambing (RM24.90) itu dilabel sebagai 'harga Yahudi' selepas klip video Mark mempromosikannya tular dalam media sosial.

Mark berkata, harga itu termasuk dengan pengiraan kos logistik, sewa tapak dan gaji 10 pekerja yang perlu dibayar untuk berniaga.

"Selepas kira-kira untung hanya RM2,900 dan adakah kalian rasa ini cukup untuk bayar sewa tapak? Minta maaf, tapi saya ini masih belajar dan baru sahaja nak mula berniaga.

"Tapi, agak-agak dengan apa yang kalian fikir kalau tak tahu. Sudah ramai orang beli, tapi yang tak beli pula banyak komen. Apa hal?

"Sudah tahun baharu dan baru saya rasa macam mana peniaga lain mereka punya kesusahan. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung, semoga sihat selalu dan jangan lupa sokong peniaga di luar sana," katanya.

Netizen Teka Yassin Senario Adalah Pelawak Yang Ditahan Di Jeddah





























Cemburu dipercayai punca wanita dipukul lima wanita

 







AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti



AmInvestment unjur RM1.7 bilion caruman KWSP bukan warganegara pacu pasaran ekuiti

Bernama

02/01/2025


AmInvestment percaya minat berstruktur dalam pusat data akan berterusan, seterusnya turut memberikan pandangan positif untuk sektor pembinaan dan hartanah. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.

Bank pelaburan itu dalam laporan sektornya berkata anggaran itu berdasarkan jumlah pekerja asing seramai 2.5 juta, dengan gaji bulanan minimum RM1,700, gabungan caruman KWSP pekerja dan majikan masing-masing sebanyak 11 peratus dan 13 peratus, serta andaian 14 peratus daripada aset KWSP akan mengalir ke dalam ekuiti domestik, seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan 2023 terkini.

Laporan itu juga menyatakan kadar sumbangan KWSP yang dicadangkan bagi pekerja bukan warganegara dengan kontrak pekerjaan yang baharu adalah sebanyak 11 peratus bagi pekerja dan 12-13 peratus bagi majikan, bergantung kepada pampasan gaji.

Bagi pekerja yang mempunyai kontrak pekerjaan sedia ada, kadar caruman dicadangkan bermula pada dua peratus, meningkat secara berperingkat sehingga ia setara dengan kadar caruman pekerja Malaysia dalam tempoh enam tahun.

Pelaksanaan inisiatif ini tertakluk kepada pindaan Akta KWSP 1991.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan mengurangkan pelaburan di luar negara dan memberi lebih tumpuan kepada pasaran domestik.

AmInvestment berkata pasaran ekuiti domestik berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak satu peratus tahun ke tahun antara 2018 dan 2023, ketinggalan dengan ketara berbanding pertumbuhan enam peratus tahun ke tahun industri pengurusan dana dalam aset di bawah pengurusan (AUM).

"Ini didorong terutamanya oleh peningkatan pelaburan di luar negara, kerana bahagian domestik pasaran ekuiti menguncup sebanyak 17 mata peratusan kepada 57 peratus, antara 2018 dan 2023," katanya.

Menurut bank pelaburan itu, pasaran yang lebih luas memberikan pulangan tahunan terbaiknya dalam tempoh 14 tahun pada 2024, terutamanya dalam sektor seperti teknologi dan perladangan, disebabkan oleh penjajaran semula rantaian bekalan yang dipacu tarif dan jangkaan harga minyak sawit mentah yang lebih kukuh disebabkan oleh bekalan yang terhad.

Ia juga percaya minat berstruktur dalam pusat data akan berterusan, seterusnya turut memberikan pandangan positif untuk sektor pembinaan dan hartanah.

-- BERNAMA

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan



Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan

Bernama

02/01/2025


M Kumar berkata kesemua suspek berusia antara 41 hingga 52 tahun yang ditahan menerusi Op Pintu dan Op Lejang itu dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan sejak tahun 2011. - Gambar fail/Bernama


JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada 11 Dis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata kesemua suspek berusia antara 41 hingga 52 tahun yang ditahan menerusi Op Pintu dan Op Lejang itu dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan sejak tahun 2011.

"Modus operandi kumpulan ini adalah mereka memecah masuk rumah tidak berpenghuni dengan cara mengumpil pintu gelangsar sebelum menggeledah dan melarikan barangan berharga termasuk kenderaan milik mangsa.

"Dengan penangkapan ini, sebanyak 19 kes pecah rumah dan curi kenderaan yang dilaporkan pada tahun lepas di Johor Bahru, Seri Alam, Iskandar Puteri, Pontian, Muar, Tangkak dan Kota Tinggi telah berjaya diselesaikan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas beberapa unit telefon bimbit, beg tangan berjenama, jam tangan dan barangan elektrik dipercayai milik mangsa selain pelbagai peralatan pecah rumah seperti kunci allen, sarung tangan, topeng muka dan tiga kenderaan.

Kumar berkata semakan mendapati keempat-empat suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah dengan yang terbanyak membabitkan 64 rekod, selain hasil ujian saringan air kencing kesemua mereka didapat positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata kesemua suspek kini direman dan akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok, diikuti pendakwaan di Mahkamah Pontian serta Muar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 414 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Kenyataan PDRM, Triton Dikejar Lima MPV PoIis









Polis Cari Tiga Mubaligh Edar Risalah Kristian Di Setapak









Tujuh Individu Dicari SPRM









Warga Emas 69 Tahun Jadi Calon Tertua Ambil SPM









Sindiket Dokumen Dan Cap Imigresen Didalang Warga Pakistan Ditumpas









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED